Archive for: December 2012

(HIBURAN) Sidang Media CZ12 bersama Jackie Chan

“ Jackie Chan “ satu trademark yang cukup sinonim dalam industri perfileman antarabangsa terutamanya peminat-peminat filem aksi. Kelompok peminat beliau terdiri bukan sahaja di kalangan orang dewasa, malah peminatnya juga dalam kalangan remaja serta kanak-kanak. Beliau melibatkan diri pada 1959 dalam bidang seni, superstar Hong Kong ini sebenarnya telah memulakan kariernya dalam bidang lakonan sejak berusia 5 tahun lagi. Lagenda aksi dan pakar tempur ini telah muncul menerusi pelbagai drama dan filem dalam usia semuda itu, antaranya Little Fortunes dan Big And Little Wong Tin Bar. Read more →

(HIBURAN) Filem Chinese Zodiac 2012 (CZ12)

Juga dikenali sebagai “Armour Of God III: Chinese Zodiac”, “Chinese Zodiac” adalah sebuah filem aksi Hong Kong yang diterbit, ditulis dan diarah oleh aktor veteran seni bela diri, Jackie Chan. Filem ini merupakan sebuah sekuel kepada “Armour Of God” dan “Armour Of God II: Operation Condor”, di mana Chan memainkan watak wira Cina bernama Asian Hawk yang tidak banyak berbeza dari Indiana Jones. Kali ini, dia perlu membawa pulang patung kepala gangsa yang terdiri dari 12 haiwan zodiac Cina, yang telah dibawa lari oleh tentera Perancis dan Inggeris dari Istana Summer di Beijing pada tahun 1960. Read more →

(HIBURAN) Vokal 2 – Yus & Uchop Sertai Nadeera dan Mar Ke Pusingan Separuh Akhir

Shah Alam, 13 Disember 2012 –  Minggu lalu menyaksikan Nadeera dan Mar melangkah maju ke pusingan seterusnya. Nampaknya kini tumpuan semua akan beralih pula kepada empat finalis lelaki yang terdiri daripada Yus, Abang, Uchop dan Adli berusaha keras untuk memastikan mereka bukanlah finalis yang bakal menduduki tangga paling bawah sekaligus menamatkan perjuangan di pentas VOKAL 2. Namun hanya dua finalis lelaki yang berjaya meraih markah dan undian yang tinggi daripada para juri dan peminat dapat melayakkan diri untuk menyertai Nadeera dan Mar ke pusingan separuh akhir. Read more →

(HIBURAN) ANUAR ZAIN – Tiga Dekad Muzik, Cinta Dan Sanubari

Anuar Zain bakal meraikan ulang tahunnya selama 30 tahun dalam industri muzik Malaysia melalui konsert mega pertama beliau di Stadium Putra, Anuar Zain Tiga Dekad Muzik, Cinta dan Sanubari. Mengambil judul Tiga Dekad Muzik, Cinta dan SanubariAnuar Zain akan menyampaikan sendiri barisan lagu beliau tanpa jemputan istimewa mana mana artis tempatan. Istimewanya pada malam konsert nanti, Anuar Zain bakal secara eksklusif  mempertontonkan muzik video ‘Sempurnakan Aku’ yang merupakan kesinambungan lagu Ajari Aku. Video muzik di Youtube itu kini telah mencapai lebih 93,000 hits. Lebih menggembirakan, single Ajari Aku telah berjaya menempatkan dirinya di carta radio tempatan. Read more →

(SUKAN) “VIEWING PARTY” THAILAND LAWAN MALAYSIA SEMPENA KEJOHANAN BOLA SEPAK ASIA TENGGARA (AFF) 2012

Seperti sedia maklum, Harimau Malaya gagal ke peringkat akhir di kejohanan bolasepak AFF 2012, namun begitu sokongan peminat yang tidak berbelah bahagi menjurus kepada penganjuran “viewing party’ oleh pihak Tv3 dan TM.  Sempena kempen ‘Kami Team Malaysia’ kerjasama antara TV3 dan Telekom Malaysia Berhad (TM), “Viewing Party” Thailand lawan Malaysia telah diadakan di Restoran RASTA, Taman Tun Dr. Ismail, Kuala Lumpur menampilkan artis popular tanah air, antaranya, Shah Iskandar, Izzue Islam, Fezrul Khan, Alex Yanz, Zalif Sidek, Nad Zainal dan Eina Azman. Read more →