Archive for: April 2013

(HIBURAN) Terbaru dari AFGAN – L1VE TO LOVE, LOVE TO L1VE

IMG_9348

Afgansyah Reza merupakan penyanyi solo lelaki yang pada ketika ini telah mendapat nama di dalam dunia muzik Indonesia kerana mempunyai personaliti yang romantik. Setelah melalui proses produksi selama hampir 2 tahun, akhirnya album ketiga Afgan di lancarkan yang bertajuk L1VE TO LOVE, LOVE TO L1VE. Berbekalkan single hits beliau yang bertajuk Pesan Cinta, album ini mencatat beberapa sejarah bagi Afgan kerana lagu Pesan Cinta adalah lagu hasil ciptaan Afgan sendiri. Lagu Pesan Cinta ialah mengenai seorang lelaki yang telah jatuh hati “pandang pertama” pada seorang gadis. Sejak kali pertama bertemu, lelaki ini berusaha mencari jalan atau idea untuk bertemu dengan gadis tersebut sekali gus memikat gadis tersebut. Lagu yang dicipta Afgan ini memuatkan elemen-elemen comel, simple dan fun pop song. Afgan juga turut bekerjasama dengan Inu Numata dan Nino RAN dengan menggandeng Tohpati sebagai music directornya.
Read more →

(SEMASA) Slot Raudah – Celik Hati & Signs of the Hereafter – program ilmiah di TV9

Logo Celik Hati

Pelbagai program menarik dari pelbagai slot telah disediakan oleh TV9 khas buat penonton setianya. Pada bulan April ini, dua program ilmiah terbaik telah disediakan menerusi slot Raudah iaitu Celik Hati yang diterajui oleh Profesor Muhaya dan Signs of the Hereafter, yang dikelolakan oleh ilmuan agama terkenal Sheikh Alaa El Sayed dalam Bahasa Inggeris dan pertama kali disiarkan di TV9. Kedua program ini bakal disiarkan berturut-turut pada hari yang sama iaitu hari Khamis dari jam 9.30 malam hingga 10.30 malam bermula 4 April ini. Read more →

(SEMASA) DA’I – AZAMUDIN, ADIBAH DAN HADHARI MELANGKAH KE AKHIR

3 finalis yang berjaya ke pusingan akhir, Hadhari, Adibah & Azamudin

Pencarian Da’i musim pertama kini hampir sampai ke penghujungnya apabila episod ke-11 yang bersiaran pada 30 March 2013 telah mengumumkan tiga finalis Da’i, Mohamad Azamudin Bin Zainal, Muhammad Tajdid Hadhari Bin Romli dan Nor Adibah Binti Rozain berjaya melangkah ke pusingan akhir yang bakal berlangsung tidak lama lagi. Read more →

(SEMASA) Magseven Papar Kandungan Berkualiti dan Menarik di NTV7

 image006

Bukan mudah untuk menghasilkan kandungan yang berkualiti dan memberi manfaat besar kepada para penonton. Genre dokumentari khususnya lebih banyak dihasilkan oleh produksi luar negara berbanding hasil tempatan. Lantas ntv7 meneruskan objektif dalam memberi informasi berguna dan menyampaikan kupasan isu-isu menarik kepada para penonton menerusi Magseven sebuah siri dokumentari menarik terbitan Saluran Ceria Anda. Malah, kerana pengisiannya yang berbeza, padat dengan informasi berguna dan sentiasa relevan, siri rancangan dokumentari khas Magseven kini memasuki tahun ketiga penerbitannya bermula Mac 2013 lalu. Musim terbaru rancangan ini tetap bersiaran setiap hari Selasa jam 7.30 malam di ntv7. Read more →

(HIBURAN) BINTANG MENCARI BINTANG – TITAN UNGGULI KUMPULAN B

Persembahan dari TITAN (Sabri Yunus)

Kumpulan A yang terdiri daripada BOWL (Afdlin Shauki), ACHEY (Harun Salim Bachik), TOCAI (Senario), TAPAW (Faizal Ismail), BIG TOO (Sabri Yunus) dan KELAWAK (Raja Azura) telah membuka tirai pertarungan Bintang Mencari Bintang (BMB) dengan persembahan yang mantap dan menghiburkan. Setelah menyaksikan kehebatan konsert pertama dari kumpulan A, pastinya para penonton sudah tidak sabar untuk menunggu konsert dari kumpulan B pula. Semalam, tiba giliran kumpulan B yang diwakili BOCIK (Afdlin Shauki), XOXO (Harun Salim Bachik), GEGAU (Senario), AJO (Faizal Ismail), TITAN (Sabri Yunus) dan AWOK (Raja Azura) beraksi meraih sokongan daripada para peminat dan juri. Read more →