Archive for: November 2014

(HIBURAN) ALBUM PAYSLIP DILANCARKAN SECARA EKSKLUSIF DI SPOTIFY

payslip_syurgasangpencinta

Kumpulan PAYSLIP membariskan remaja lingkungan umur belasan tahun yang dianggotai oleh Mohd Asrul Najmi (Jimmy) sebagai pemain bass, Mohd Asrul Hakimi (Akeem) sebagai vokalis, Nik Mohd Arif (Arif) sebagai pemain gitar, dan Syazwan (Wan) sebagai pemain drum. Pada tanggal 27 Oktober 2014 yang lalu, buat pertama kalinya Payslip telah melancarkan album mereka yang bertajuk “PAYSLIP” secara eksklusif di Spotify. Sebelum pelancaran album tersebut, mereka telah pun melancarkan single yang bertajuk  ‘Syurga Sang Pencinta’ juga secara eksklusif di Spotify pada 23 September yang lalu di No Black Tie, dan lagu ‘Syurga Sang Pencinta’ ini juga telah mula mendapat perhatian dan sudah mula dimainkan di corong-corong radio tempatan. Read more →

(HIBURAN) 13 Juta Penduduk Malaysia Memilih Untuk Mendengar Astro Radio

era

Berdasarkan keputusan kaji selidik terkini yang dikeluarkan oleh Pengukuran Pendengar Radio Nielsen, Liputan 2, 2014, Astro Radio masih kekal menguasai seluruh rangkaian stesen radio di Malaysia dengan jumlah keseluruhan 13 juta pendengar setiap minggu berbanding keputusan sebelum ini 12.6 juta. Astro Radio, juga merupakan satu-satunya operator radio yang mengalami peningkat secara keseluruhan menurut kajian terkini dengan memperolehi 56.3% jumlah perkongsian pendengar. Read more →