Archive for: November 2018

(HIBURAN) AFGAN RAI ULANGTAHUN KE-10 BERSAMA LEBIH 2,000 PEMINAT DI MALAYSIA MELALUI KONSERT DEKADE LIVE IN KUALA LUMPUR 2018

KUALA LUMPUR, 3 November 2018 – Sedekad dalam industri muzik, Malaysia menjadi lokasi pertama Afgan meraikan ulang tahun ke-10 dalam industri bersama peminat menerusi Konsert DEKADE Live in Kuala Lumpur 2018. Jeritan lebih 2,000 orang penonton di Plenary Hall, KL Convention Centre menjadi bukti keunggulan salah satu penyanyi dan penulis lirik terkemuka Indonesia ini. Read more →

(SUKAN) MILO® menghantar 24 kanak-kanak yang layak ke Barcelona

Kuala Lumpur, 2 November 2018: Impian 24 orang juara muda bola sepak di Malaysia telah menjadi kenyataan! Kesemua juara muda ini telah dipilih untuk menjalani latihan selama dua hari di Barca Academy di Estadi del Futbol Club Barcelona – dikenali sebagai Camp Nou. Impian ini dapat direalisasikan kerana adanya Klinik Juara MILO®: Edisi FC Barcelona 2018 (MILO® Champions Clinic: FC Barcelona Edition 2018). Read more →