(SEMASA) Pelancaran Rasmi Kach’e Shah Alam

Shah Alam, 22 April 2018 – Pelancaran Rasmi & Peragaan Fesyen  Baju Raya 2018 yang berlangsung di Shah Alam, Selangor merupakan lokasi baru kepada bakal-bakal pengantin dan juga mereka yang memerlukan perkhidmatan dewan sewaan yang berpatutan.  Majlis ini dihadiri oleh tetamu  VVIP Yg Berbahagia Datin Seri Panglima Datuk Raya Erom, isteri kepada Yg Berhormat Menteri Komunikasi Multimedia Malaysia.

Majlis perasmian Dewan Kach’e Wedding, Event, Space telah disempurnakan oleh Yg Berbahagia Datin Datin Seri Panglima Datuk Raya Erom, isteri kepada Yg Berhormat Menteri Komunikasi Multimedia Malaysia dan diserikan dengan pertunjukkan koleksi fesyen oleh 3 butik terkenal iaitu Butik JEDAN, ButiK DUHASSIA & Butik SHANEL HARUN yang merupakan 3 butik pertama yang menggunakan dewan di Dewan Kach’e ini sempena persembahan fesyen mereka.
Majlis ini juga turut diserikan dengan persembahan artis antaranya Zur Eda dan Shanel Shanty. Antara barisan para artis turut hadir di majlis tersebut ialah Risteena Munim, Ruhainis, Beego, Linda Hashim serta Ayu Damit.
Disamping itu juga dengan bacaan Tahlil dan Yassin dari Anak-anak Tahfiz dari Madrasah Tahfiz Al-Quran Bidayatul Hidayah). Bacaan Doa Ustaz Yusri Bin Haji Mohammad Yusof untuk sesi perasmian Dewan Kach’e.
Dalam majlis itu juga, diadakan sambutan ulangtahun oleh Yg Berbahagia Datin Datin Seri Panglima Datuk Raya Erom, isteri kepada Yg Berhormat Menteri Komunikasi Multimedia Malaysia.
Dewan Kach’e Wedding/Event/Space ini menyediakan pakej serendah RM 8,000 (untuk 100 pax), RM 18,000 (500 pax) dan RM 25,000 sehingga RM 32,000 untuk 1000 pax dan amat sesuai untuk mereka yang ingin mengadakan majlis yang lengkap di bawah satu bumbung di mana setiap pakej mengandungi pilihan menu yang terbaik dan kemudahan termasuk set pelamin, hantaran, peralatan, khemah, pramusaji dan kemudahaan dewan.
Promosi potongan atau diskaun sebanyak RM 5,000 untuk pakej RM 32,000 sedang berlangsung dan mereka yang berminat boleh menghubungi Cik Liana Adam di 010 4662198.
Maklumat lokasi : No 36, Jalan Serendah 26/41, Sekitar 26, Seksyen 26, 40400 Shah Alam, Selangor
Facebook : kache_event_hall

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *