(SEMASA) Kenikmatan Masakan Cina Asli Di Restoran Chinese Muslim Abdullah Meru Ipoh

IPOH (16 September 2018) : Restoran Chinese Muslim Abdullah telah memulakan perniagaan mereka pada hari ini bersempena pelancaran pembukaan restoran tersebut di Meru, Ipoh. Restoran ini diusahakan oleh usahawan muda bernama Muhamad Aiman Loh yang mempunyai pengalaman dalam pengurusan penyediaan makanan “fusion” Cina selama 1 tahun 6 bulan.

Bercakap kepada media mengenai usaha tersebut, Muhammad Aiman Loh menjelaskan niat asal untuk  membuka restoran tersebut supaya masyarakat majmuk di Malaysia dapat merasai makanan asli Cina kantonis yang lebih memenuhi selera rakyat Malaysia.

Mula berjinak di dalam bidang ini sekitar tahun 2017, restoran baru ini mempunyai lebih 100 menu makanan fusion Cina. Pemilihan menunya berdasarkan resepi turun temurun keluarga di mana pakcik beliau menjadi tukang masak dan mengawal selia penyediaan makanan tersebut manakala tugas Muhammad Aiman Loh adalah dalam bidang pengurusan serta memastikan resepi yang disediakan ini menepati dan sesuai dengan citrasa tempatan. Di samping itu juga saudara Muhammad Aiman Loh bertanggungjawab sepenuhnya dalam memastikan penyediaan makanan di restoran beliau memenuhi syarak Halalan Toyyiban bagi memastikan kesucian makanan yang dihidangkan kepada pelanggan.

Bercakap tentang pasaran makanan halal Cina di negeri Perak, saudara Muhammad Aiman Loh  mejelaskan pilihan agak terhad dan jika ada ia merupakan francais . Namun begitu kualiti sesuatu makanan berkurang apabila tiada kawalan dari pemilik asal dari segi penyediaan dan bahan yang digunakan.

Bercakap mengenai restoran beliau, Muhammad Aiman Loh menjelaskan beliau akan memastikan kualiti dan harga yang berpatutan sebagai satu kekuatan untuk menarik pelanggan ke kedai beliau dan seiring dengan kemampuan ekonomi semasa masayarakat Malaysia sekarang.

Tambah Muhammad Aiman Loh, dengan kelainan yang ada di restoran beliau, saudara Muhammad Aiman Loh berkeyakinan dengan kemampuan untuk memastikan layanan yang terbaik kepada pelanggan beliau kerana dari segi kualiti makanan dan kesedapan akan dipantau secara langsung oleh beliau sendiri.

Bercakap tentang pemilihan lokasi, Muhammad Aiman Loh memilih Meru Ipoh sebagai lokasi perniagaan beliau kerana ia merupakan lokasi paling strategik di Perak pada masa kini memandangkan terdapat banyak tarikan sampingan seperti MAPS, resort kelab golf dan kawasan pejabat baru yang kian bercambah.

Usahawan muda berumur 26 tahun ini yang telah berjinak dalam industri makanan selama 1 tahun 6 bulan ini merupakan seorang lepasan kerjuruteraan yang memulakan kerjaya di syarikat kejuruteraan tempatan dan dalam masa sama meneruskan minat arah  bidang penyediaan makanan sebagai satu perjuangan peribadi bagi megembangkan masakan halal Cina secara serius.

Bercerita mengenai kos, Muhammad Aiman Loh menjelaskan setakat ini beliau telah menghabiskan sekitar RM 450 ribu dalam merealisasikan pembukaan restoran 3 tingkat tersebut. Restoran ini boleh memuatkan sekitar 100 orang pada satu satu masa dan ia juga mempuyai dewan mini yang terletak di lantai dua dan juga kemudahan surau dan bilik untuk para ibu yang memerlukan ruang pengurusan anak atau bayi mereka.

Bakal menyediakan pakej-pakej yang terbaik kepada pelanggan apabila beroperasi secara kapasiti penuh kelak, restoran ini juga akan memperkenalkan kelainan menu utama setiap minggu untuk tidak membuatkan pelanggan restoran jemu.

Hidangan utama yang menjadi signator (Signature Dish) restoran ini antaranya masakan Labu Masak Lemak, Masakan Udang Lipan (pelbagai masakan) serta masakan Ikan atau Udang Ribut Resepi Asli Keluarga beliau. Harga makanan bermula sekitar RM7 sehingga RM70 yang boleh dianggap sebagai berpatutan untuk hidangan asli Cina. Kedai beroperasi bermula jam 4.30 petang sehingga 12.30 mlm setiap hari kecuali hari Khamis.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *