Category: Hiburan

(HIBURAN) EREN SAMPAIKAN SALAM RINDU

Eren atau nama sebenarnya Erna Tri Suryani merupakan seorang penyanyi Indonesia yang sentiasa berkolaborasi bersama  Kangen Band. Anak kelahiran Lampung yang kini berusia 28 tahun ini memulakan karier nyanyian sebagai penyanyi latar kumpulan Indonesia popular, Kangen Band.  Pada awal pembabitan Eren sebagai penyanyi latar kumpulan Kangen Band, beliau telah menyumbang suara menerusi beberapa lagu hit seperti “Tentang Kau dan Dia” serta “Menunggu”. Read more →

(HIBURAN) Setelah 29 Tahun “Adik Manja” Kembali Ke Pawangan

Sinopsis filem Adik Manja Returns

Mengisahkan kenakalan para pelajar perempuan di Kolej Professional Skill hingga menyebabkan Pengetua Sofia (Rozita) terpaksa mengambil khidmat bekas pensyarah lelaki kolej tersebut iaitu Cikgu Azmi (Dharma).

Banyak cabaran yang terpaksa Cikgu Azmi hadapi bagi memulihkan para pelajar di situ terutama sekali dua kumpulan pelajar yang sering mendatangkan masalah disiplin iaitu kumpulan Bib (Faezah) dan kumpulan Su (Juliana). Filem ini juga memaparkan gaya hidup remaja kini yang gemarkan tarian Shuffle dan Hip-Hop.

Saksikan bagaimana Cikgu Azmi menggunakan formulanya bagi memulihkan dan mendamaikan dua kumpulan pelajar perempuan berkenaan nanti… Read more →

(HIBURAN) Undian Persembahan Anugerah Juara Lagu ke 27

6 Disember 2012 – Bertempat di Hotel Empire Subang telah berlangsungnya majlis undian untuk persembahan di malam Anugerah Juara Lagu ke 27 yang bakal berlangsung pada 6 Januari 2013 bertempat di Stadium Putra, Bukit Jalil. Di majlis ini juga pihak TV3 memperkenalkan penaja rasmi utama untuk AJL 27 iaitu Celcom Xpax. Read more →

(HIBURAN) PANIK – Rancangan Realiti Waktu Malam Pertama Di Malaysia

NTV7 memperkenalkan sebuah lagi rancangan realiti berkonsep baru iaitu PANIK. Rancangan permainan TV realiti malam pertama di Malaysia ini telah dirakamkan di beberapa lokasi misteri di mana artis-artis Malaysia yang terpilih menjadi pesertanya. Rancangan sebanyak enam episod itu merupakan sebuah idea baru yang diinspirasikan daripada program Seekers, Ghost Hunters, Fear Factor, Total Black Out dan Estate of Panic. PANIK menampilkan dua kumpulan di mana kumpulan A terdiri daripada Milea Aimilia, Ika Nabila, Juffri Rayyan William dan Ezany Nizariff manakala kumpulan B dibarisi pelakon Danny (X-Factor), Marlon (V.I.P), Anis Al-Idrus dan Shakila Khoriri. Rancangan yang dihoskan oleh Redzuan Hashim itu akan ditayangkan setiap Rabu bermula 2 Januari 2013 , jam 8.30 malam di ntv7, Saluran Ceria Anda. Read more →

(HIBURAN) Once Upon A Time – Episod 7

Once Upon A Time, Ahad, 9 Disember, 9.30 malam

Rancangan drama bersiri Hollywood , ntv7 – Once Upon A Time – kini semakin mendapat sambutan ramai penonton Malaysia. Dengan jalan cerita yang menarik dan unik, Once Upon A Time membawakan kelainan daripada kisah dongeng biasa yang pernah anda dengari selama ini. Siapa menyangka Puteri Snow White (Ginnifer Goodwin) menjadi seorang guru di dunia biasa dan siapa pula menyangka pari-pari yang sepatutnya membantu si jelita Cinderella dibunuh Rumplestiltskin (Robert Carlyle) sebelum sempat dihadiahkan sepasang kasut gelas bertumit tinggi. Read more →