Category: Hiburan

(HIBURAN) Nadeera, Bella, Mara & Fatin Masih Bersaing Di Pentas VOKAL 2

Nasuha Tersingkir!

Petaling Jaya, 23 November 2012 – Selepas mengharungi pahit getir ujian blind audition dan terpaksa menelan komen lantang dan kritikan membina barisan juri, nampaknya hanya 11 finalis daripada 17 peserta berjaya melangkah ke pusingan seterusnya. Konsert mingguan Vokal 2 pada hari Rabu lepas (21 November) dihangatkan dengan persembahan daripada 5 finalis wanita; Nadeera, Bella, Mar, Nasuha dan Fatin merebut tempat untuk terus kekal bertanding.   Read more →

(HIBURAN) Keputusan Penuh SHOUT AWARDS 2012

Berakhir sudah Majlis Anugerah Shout Awards 2012 yang bertempat di Surf Beach, Sunway Lagoon. Kami senaraikan keputusan pemenang bagi semua kategori yang telah dipertandingkan di Shout Awards 2012:

Read more →

(HIBURAN) LAGENDA BUDAK SETAN 2 – KATERINA

Filem sekuel terbaru berjudul Lagenda Budak Setan 2 – Katerina bakal menemui peminat di pawagam pada 29 November 2012. Dibintangi pelakon utama Farid Kamil (Kasyah),Maya Karin (Kate) turut dibantu oleh Bront Palarae (Hisyam),Azri Iskandar (Iskandar) Lana Nordin (Zahirah) dan ramai lagi. Filem ini merupakan sambungan filem Lagenda Budak Setan 1 yang diarahkan oleh SHARAD SHARAN merupakan terbitan Tarantella Pictures dengan kerjasama Astro Shaw. Di sidang media ini juga, pihak produksi menyiarkan sedikit sedutan sekuel ke 3 filem Lagenda Budak Setan 3 – Kasyah. Menurut penulis novel ini Ahadiat Akashah penulisan Lagenda Budak Setan ini mempunyai 7 sekuel kesemuanya tetapi hanya 3 dibukukan dalam bentuk novel. Kepada peminat yang ingin mengetahui kisah selanjutnnya trilogi hasil nukilan penulis hebat, Ahadiat Akashah ini, jangan lepaskan peluang menonton ‘Katerina’ di pawagam bermula 29 November ini. Read more →

(HIBURAN) MERLIN 5: TAKDIR SEBENAR CAMELOT

Ikuti Pengembaraan Merlin & Arthur

Setiap Isnin Jam 10.00 malam Di TV3

Petaling Jaya, 21 November 2012 – Kembali untuk musim ke-5, drama bersiri pengembaraan epik fantasi yang berdasarkan kisah lagenda Arthurian iaitu Merlin terus mempesonakan para peminatnya dengan mengetengahkan ‘The Die Is Cast’ sebagai tema utama pergolakan di Camelot. Read more →

(HIBURAN) Festival Filem Asia Pasifik ke 55 (APFF55)

Festival Filem Asia Pasifik ke 55 (APFF55) bakal diadakan untuk kali yang ke 55 di Macau, China bermula 13hb – 16hb Disember 2012.  APFF adalah salah satu festival filem antarabangsa yang tertua di dunia dimana ia adalah acara tahunan yang dianjurkan oleh FPA sejak tahun 1954 di Tokyo. Malaysia merupakan salah satu ahli daripada 23 buah Negara yang menyertai APFF dimana Kuala Lumpur pernah menjadi tuan rumah bagi festival ini sejak  tahun 1959 dan yang terakhir pada tahun 2005.  Read more →