Category: Hiburan

(HIBURAN) Separuh Akhir Muzik – Muzik Minggu 1

11 November 2012 – berlangsungnya Separuh Akhir Pertama Muzik – Muzik. Sejumlah 11 lagu diperdengarkan oleh barisan-barisan artis seperti Cerita Dia (Drama band), Aku Suka Dia (Ainan Tasneem), Watak (hafiz), Aku Datang (Tomok), Idola (Azlan & The Typewriter), Pelangi Senja (Stacy), Jerrypah (Aizat), Majnum (Hazama), Pencinta Terbaik (Sofaz), Kasanova (Stacy) dan Biar Sampai Ke Bintang (Asmidar).

kredit foto : Rubiq Radi Mohamad Read more →

(HIBURAN) Majlis Pelancaran Yayasan Artis 1 Malaysia

Tanggal bersejarah 11 November 2012 , Yayasan Artis 1 Malaysia (YA1M) telah dilancarkan secara rasminya oleh Perdana Menteri Malaysia,   YAB Dato Sri Mohd Najib Tun Haji Abdul Razak  di Dewan Merdeka PWTC. Turut hadir ialah Menteri Penerangan dan Komunikasi serta Kebudayaan Malaysia YB Dato Seri Utama Dr Rais Yatim. Hasrat penubuhan YA1M ialah mengembleng seluruh artis tidak kira bangsa , agama dan keturunan dalam industri hiburan ini ke dalam satu organisasi yang berasaskan ekonomi dan kebajikan para artis. Yayasan ini dikemudi oleh barisan ahli jawatankuasa eksekutif yang diketuai oleh Datuk DJ Dave sebagai Presiden. Pada malam bersejarah ini juga, YAB Perdana Menteri Malaysia, YAB Dato Sri Mohd Najib Tun Haji Abdul Razak telah mengumumkan dana berjumlah RM 5 juta selama 2 tahun iaitu RM2 juta untuk tahun ini dan RM3 juta untuk tahun hadapan untuk yayasan ini. Read more →

(HIBURAN) SHOUT Movement @Publika

Bertempat di Publika sedang berlangsungnya majlis SHOUT Movement bersempena dengan THE SHOUT AWARDS 2012 yang bakal berlangsung pada 23 November 2012 di SURF BEACH, Sunway Lagoon. SHOUT Movement merupakan jelajah promosi yang dilakukan bagi memberi peluang kepada peminat untuk mendekati dan merasai aura gilang gemilang majlis tersebut. Selain persembahan artis terdapat juga bengkel-bengkel yang menjurus kepada beberapa tema seperti Muzik, Filem dan TV, Fesyen dan Seni dan sebagainya. Antara jemputan penceramah antaranya ialah pengarah filem Bunohan, saudara Dain Said, pelakon Sharifah Amani dan Sofea Jane. Antara jemputan lain seperti Reza Shah (Muzik), Ben Law (Muzik), Linda Jasmine, Bone (Grafiti) , Kamarul Akhir (Fotografi) serta dihiburkan oleh artis-artis bebas antaranya Tasha Nanshahar dan lain – lain. Read more →

(HIBURAN) Keputusan Penuh Anugerah Skrin 2012

Berakhir sudah majlis gilang gemilang anugerah SKRIN 2012 ke-14 yang dianjurkan oleh pihak TV3 yang mengangkat tema Selami Dunia Fantasi Kami (Fairytale) bertempat di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur. Berikut ialah senarai penuh pemenang bagi 25 kategori yang di’pertandingkan dalam Anugerah Skrin 2012. Read more →

(HIBURAN) Album Terbaru KANGEN BAND (JANGAN BERTENGKAR!)

Setelah dua tahun menyepi, band yang terkenal sebagai sebuah band paling berpengaruh di Indonesia ini kembali lagi menemui peminat dengan album terbaru berjudul JANGAN BERTENGKAR! Band yang dianggotai oleh Andika (vokalis), Dodhy ( pemain gitar), Thama (pemain gitar), Lim (pemain drum), Izzy (pemain kibod) dan Bebe (pemain bass) ini mempersembahkan 12 buah lagu dalam album kali ini, sebuah koleksi yang tentunya menggamit jiwa para pendengar. Keseluruhan album ini memperdengarkan lagu-lagu cinta yang lunak, bertemakan kisah suka-duka percintaan pada lumrah duniawi. Read more →