Category: Hiburan

(HIBURAN) Showcase Amal Kat Hassan

Kat Hassan atau lebih dikenali sebagai Kat Mentor  telah  mengadakan showcase amal yang telah berlangsung  di The Venue , Pavillion, Kuala Lumpur.  Mula membabitkan diri secara serius dalam bidang nyanyian selepas menyertai program realiti TV anjuran TV3, Mentor pada tahun 2006 dan showcase ini merupakan persembahan terbesarnya sepanjang enam tahun bergelar artis. Selain daripada Kat, penyanyi wanita ini juga turut menjemput artis baru di bawah naungannya, Deanna Sofia untuk berduet bersama dalam showcase ini . Persembahan ‘showcase’ yang bertujuan mengumpul dana ini telah disumbangkan kepada Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia (PBSM). Kutipan sumbangan ialah melalui hasil bidaan jam tangan berjenama SWATCH dan juga album Kat Hassan. Sumbangan ini telah diserahkan kepada Naib Pengerusi PBSM Kebangsaan yang juga Setiausaha Agung Kehormat Kebangsaan, Datuk Dr Noordin Ab Razak yang turut hadir memeriahkan showcase tersebut. Read more →

(HIBURAN) The SHOUT! Awards 2012 – Presenter & Performers

The SHOUT! Awards 2012 Presenters:
Rina Omar
The Padangs
Amy Search Read more →

(HIBURAN) Single Kedua Lynnzay Affandy – ANGEL DUST (Lynnzay Affandy feat. Tactmatic)

ANGEL DUST adalah single kedua daripada Lynnzay Affandy di saat single pertamanya ‘Jejaka Idaman 2.0’,hasil olahan semula lagu 80-an yang berjaya mencetuskan kontroversi dan menjadi topik perdebatan peminat muzik tempatan sehingga membuatkan ramai tertanya-tanya siapakah Lynnzay. Read more →

(HIBURAN) The Vella permata baru Suria Records

THE VELLA,  sebuah nama band baru yang di angkat namanya dalam bahasa Albanian yang bermaksud brothers. Band baru ini dianggotai oleh tiga orang adik beradik iaitu Hery (penyanyi), Ezri (gitar) dan PT (Drum). The Vella kini telah siap memperkenalkan diri dalam industri music setelah 6 bulan berkurung dalam studio menyiapkan album pertama mereka. Read more →

(HIBURAN) SARINGAN SEPARUH AKHIR MUZIK MUZIK BERMULA!

Bersiaran Setiap Malam Ahad Mulai 11 November 2012

Petaling Jaya, 29 Oktober 2012 – Muzik Muzik Separuh Akhir kini kembali dengan edisi ke-27 bagi meneruskan kesinambungannya dengan menampilkan 30 buah lagu untuk berentap menempa nama ke Anugerah Juara Lagu 27. Pastinya ramai yang tertanya-tanya dan tidak sabar untuk mengetahui penyanyi dan lagu manakah yang akan beraksi di atas pentas separuh akhir Muzik Muzik bermula November ini?

Pihak Galaksi Media Online (GMO) ingin berkongsi foto-foto menarik disekitar majlis cabutan undi untuk Separuh Akhir Muzik-Muzik ke 27 [LINK GAMBAR]

kredit gambar : FAP IMAGES

Read more →