Category: Semasa

(SEMASA) RED BULL BC ONE CYPHER MALAYSIA KINI KEMBALI !

Red Bull BC One World Final 2011 - Moscow

Kini, usaha memburu B-Boy Terbaik di Malaysia untuk mewakili negara ini di peraduan B-Boy satu lawan satu peringkat antarabangsa yang berprestij akan berlangsung pada 15 Jun di Red Bull BC One Cypher Malaysia. Acara ini dianjurkan oleh Red Bull Blue & Silver daripada Eropah. Read more →

(SEMASA) Serikan Impian Anda Bersama Fair & Lovely

IMG_1862

Setiap gadis mempunyai impian masing-masing. Sama ada besar atau kecil, memenuhi impian tersebut memberi makna dan tujuan dalam kehidupan mereka.  Dalam arus kehidupan, ramai gadis akhirnya memendamkan impian mereka kerana terpaksa berhadapan dengan pelbagai rintangan di alam realiti. Antara rintangannya termasuk kekurangan sokongan, kekurangan maklumat yang mencukupi, kekurangan peluang, serta keraguan diri. Read more →

(SEMASA) KONSERT MALAM AMAL BERSAMA 3 DIVA

COVER WEB LATESTLYcropMalam Amal Bersama Tiga Diva melibatkan Datuk Sharifah Aini, Datuk Khadijah Ibrahim dan Uji Rashid bakal menyaksikan ketiga-tiga penyanyi legenda itu beraksi buat pertama kali di atas pentas sama.  Bersempena Hari Ibu, tiga biduanita negara ini  akan membuat penampilan istimewa dengan menghiburkan ibu-ibu tunggal di majlis Malam Amal Bersama 3 Diva nanti. Majlis penghargaan untuk kaum ibu itu dianjurkan oleh Kaizen Asia seiring dengan pelancaran produk kosmetik keluaran Kaizen Cosmetics yang diberi nama ‘Anje’. Majlis itu akan berlangsung pada 12 Jun depan pada pukul 8 malam di Dewan Perdana Felda, Jalan Semarak, Kuala Lumpur. Read more →

(SEMASA) 3R KEMBALI

Yuen, Tini, Rafidah & Azah)

3R (Respek, Relaks, Respon), sebuah program TV yang membincangkan isu-isu berkaitan kaum wanita khususnya golongan remaja secara terbuka dan tanpa berselindung telah diperkenalkan pada tahun 2000 sebelum laman sosial Facebook hadir dalam kehidupan harian kita. Bakal memasuki musim yang ke-14 pada tahun ini, 3R yang sudah bersiaran melebihi satu dekad ini kini kembali dengan konsep dan barisan hos yang baru. Read more →

(SEMASA) Best in the World di Asian Food Channel (AFC)

Best in the World 2

Rancangan terbitan Primeworks Studios, Best in the World, telah menerima tayangan perdananya di Asian Food Channel (AFC) di Saluran Astro 703 semalam pada pukul 9 malam, menyertai barisan rancangan bulan Mei yang menarik  di saluran makanan dan gaya hidup ini. Travelog berunsur  makanan  ini memaparkan misi  hos  Razif  Hashim  untuk mencari hidangan-hidangan  terbaik di seluruh negara. Setiap episod  menyajikan paparan  hidangan-hidangan lazat di pelbagai destinasi makanan termasuk Kuala Lumpur, Melaka, Pulau Pinang dan Kelantan.  Read more →