Category: Semasa

(SEMASA) Angkasawan Neil Armstrong meninggal dunia

WASHINGTON: Angkasawan Amerika Syarikat (AS), Neil Armstrong, manusia pertama menjejakkan kaki ke bulan meninggal dunia, lapor media AS hari ini.  Beliau berusia 82 tahun. Armstrong menjalani pembedahan jantung awal bulan ini selepas doktor mendapati ada sekatan di pembuluh jantungnya. Beliau dan rakan angkasawan yang menaiki Apollo 11, Buzz Aldrin mendarat di bulan pada 20 Julai 1969 yang mencatat satu sejarah hebat serta mendapat tontonan ratusan juta penduduk dunia. – AFP

(SEMASA) Di Sekitar Majlis Berbuka Bersama Al-Jabbar Group

12 Ogos 2012 – Al Jabbar Group. Com telah mengadakan majlis berbuka puasa bersama ketua pegawai eksekutif En.Mohd Kamaruzmaan Bin Che Hussain serta staf-staf Al Jabbar Group.com meraikan golongan-golongan anak yatim , asnaf dan ibu tunggal serta orang – orang tua di sekitar kawasan Kajang. Read more →

(SEMASA) MAJLIS BERBUKA PUASA MAWEX BERSAMA ANAK YATIM BAITULAINI

11 Ogos 2012 – MAWEX Sdn Bhd telah mengadakan majlis berbuka puasa bersama-sama anak-anak yatim rumah BaitulAini serta duta mereka iaitu Selebriti terkenal Qazem Nor bertempat di Hotel Regancy, Kuala Lumpur. Read more →

(SEMASA) Majlis Berbuka Puasa Bersama YAB Tan Sri Dato’ Hj Muhyiddin Yassin (TPM)

7 Ogos 2012 – Majlis berbuka puasa bersama Timbalan Perdana Menteri Malaysia, YAB Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin Bin Haji Mohd Yassin telah diadakan di PWTC, Kuala Lumpur. Read more →

(SEMASA) Majlis Berbuka Puasa KPDNKK Bersama Media

6 Ogos 2012 – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi  dan  Kepenggunaan (KPDNKK) telah mengadakan Majlis Berbuka Puasa Bersama Media dan juga Majlis Penyerahan Sumbangan kepada balu-balu serta ahli keluarga rakan media yang telah meninggal dunia semasa bertugas di lapangan kerja masing-masing. Read more →