Category: Sukan

(SUKAN) Program Deskripsi Nadi Arena ” DNA ” di Astro Arena

IMG_1600

Astro Arena bakal memperkenalkan Deskripsi Nadi Arena atau DNA yang merupakan program pemyiasatan sukan yang menangani isu-isu semasa sukan tempatan yang akan bermula pada 20 Mei setiap hari isnin, jam 9 malam di Astro Arena di saluran 801. Program ini diterajui Ahmad Khawari Isa bersama-sama Rozaini Ahmad dan Ellia Raini. Read more →

(SUKAN) Pendaftaran larian amal Feel Good Run 2013 ditutup dalam hanya 7.5 hari!

FGR 2013 LOGO2small

Sejarah terukir lagi tahun ini apabila pendaftaran bagi larian amal Feel Good Run ditutup dalam hanya 7.5 hari apabila seramai 5,000 pelari telah berjaya mendaftarkan diri mereka berbanding empat minggu pada tahun sebelumnya.

Ribuan pelari mendaftarkan diri mereka sejak hari pertama pendaftaran dibuka justeru membuktikan larian amal Feel Good Run yang memasuki tahun ketiganya diterima positif oleh rata-rata masyarakat yang inginkan gaya hidup sihat. Read more →

(SUKAN) Larian amal Feel Good Run 2013 sempena sambutan 15 tahun ntv7

FGR 2013 LOGO2small

Tidak hairan jika rakyat Malaysia memilih untuk menikmati makan malam dan terus merehatkan diri di atas sofa sehingga terlena selepas seharian bekerja berbanding melakukan aktiviti fizikal mahupun beriadah. Pelbagai alasan diberikan rata-rata mereka yang menjalani gaya hidup yang kurang sihat ini. Oleh sebab itulah, ntv7 cuba untuk menggalakkan masyarakat hari ini untuk mengubah cara hidup mereka ke arah yang lebih sihat dan ceria. Menurut Survei Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan yang dikeluarkan pada tahun 2011, 15.1% daripada rakyat Malaysia yang berumur 18 tahun dan ke atas mengalami masalah obesiti. Malah sehingga kini sebanyak 75% daripada kita tidak meletakkan kepentingan untuk bersenam sebagai sebahagian daripada rutin harian. Inilah antara sebab utama, Saluran Ceria Anda mengambil peluang untuk mempromosi usaha murni ini untuk meneruskan acara larian amal Feel Good Run 2013 yang kini memasuki tahun ketiganya untuk menyebarkan keceriaan di sambil memastikan masyarakat mengamalkan amalan hidup sihat. Read more →

(SUKAN) ntv7 siar Formula 1 Petronas Malaysia Grand Prix 2013

Grandstand host - Joanne de Rozario3000GMO

Rakyat Malaysia bakal menyaksikan perlumbaan Formula 1 Petronas Grand Prix 2013 di ntv7 yang bakal menyiarkan sesi pusingan kelayakan dan perlumbaan secara LANGSUNG pada 23 & 24 Mac (Sabtu dan Ahad) ini setelah mendapat hak penyiaran perlumbaan berprestij itu. Read more →

(SUKAN) Pertunjukan Petronas Motorsport 2013

IMG_8456

KUALA LUMPUR – 17 Mac 2013 :  Peminat sukan bermotor Malaysia pada hari ini mendapat hadiah istimewa apabila berpeluang menonton dari dekat aksi pelumba handalan Malaysia, Jazeman Jaafar, Hafizh Syahrin Abdullah, Fariqe Hairuman, Melvin Moh dan Dominic Ang serta barisan bintang-bintang sukan permotoran yang digilap menerusi program Pembangunan Bakat Petronas antaranya  Afiq Ikhwan Yazid serta Nabil Jeffri. Read more →