(SUKAN) Hamilton juarai Grand Prix Hungary 2012

Budapest: Pemandu McLaren dari Britain, Lewis Hamilton (atas) kembali menghidupkan peluangnya untuk mencabar kejuaraan Formula Satu (F1) apabila meraih kemenangan keduanya musim ini pada Grand Prix Hungary di litar Hungaroring semalam. 

Juara dunia 2008 itu yang bermula dari petak utama melintasi garisan penamat dengan catatan masa sejam 41 minit 5.503 saat, lebih satu saat mengatasi pemandu Lotus dari Finland, Kimi Raikkonen dan pemandu Perancis, Romain Grosjean, juga memandu jentera Lotus yang masing-masing menduduki tempat kedua dan ketiga.

Selepas mempamerkan prestasi menakjubkan pada sesi kelayakan kelmarin, Hamilton mengawal perlumbaan dengan baik sejak awal bagi menebus kekecewaan pada penampilan kali ke-100 dalam perlumbaan F1 di Hockenheim hujung minggu sebelumnya.

Pemandu Ferrari dari Sepanyol, Fernando Alonso menduduki tempat kelima, di belakang juara dunia bertahan, Sebastien Vettel yang memandu Red Bull, tetapi sudah cukup untuk mengekalkan kedudukannya selaku pendahulu keseluruhan dalam kejuaraan musim ini dengan mengumpul 164 mata, diikuti dua pemandu Red Bull, Mark Webber dan Vettel, manakala Hamilton di kedudukan keempat. – Agensi

INFO: Keputusan GP Hungray

1 Lewis Hamilton (Britain) McLaren 1:41:05.503
2 Kimi Raikkonen (Finland) Lotus – Renault +00:01.032
3 Romain Grosjean (Perancis) Lotus – Renault +00:10.518 4 Sebastian Vettel (Jerman) RedBull – Renault +00:11.614
5 Fernando Alonso (Sepanyol) Ferrari +00:26.653

sumber artikel : berita harian

sumber gambar : www.telegraph.co.u

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *