(HIBURAN) 12 LAGU MARA KE ANUGERAH JUARA LAGU 32

PETALING JAYA, 13 NOVEMBER 2017 – Selepas bersaing selama tiga minggu di peringkat Separuh Akhir Muzik-Muzik (SFMM32) yang berlangsung di Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral pada 29 Oktober, 5 dan 12 November, 12 lagu telah diumumkan layak ke Anugerah Juara Lagu (AJL 32). 12 lagu yang terpilih dinilai sepenuhnya oleh para juri professional yang diketuai oleh Dato Mokhzani Ismail, selaku ketua juri, AG Coco, Azmeer, Edrie Hashim, Helen Yap, LY dan juga Pak Ngah. Keputusan telah diumumkan oleh hos SFMM 32 iaitu Sherry Al-Hadad dan Hefny Sahad malam tadi.

 

SENARAI 12 SENARAI LAGU YANG LAYAK KE AJL 32 ADALAH:

  KOMPOSER PENULIS LIRIK ARTIS LAGU
1.         Ajai Slen Salma AKHIRNYA CINTA
2.         Alam (Harry Khalifah) Patrick Anahoda Khai Bahar BAYANG
3.         Faizal Tahir & Mike Chan Faizal Tahir & Mike Chan Azmi & Caliph Busker (Penyanyi Asal Faizal Tahir) SEJATI
4.         Navigator Altimet Altimet AMBOI
5.         M.Nasir Ad Samad Hazama  The Penglipur Lara AKU YANG SEBENAR
6.         Hang Nadim Laq Ara Johari WARKAH UNTUK MU
7.         Ajai Ajai Dayang Nurfaizah SEPARUH MATI KU BERCINTA
8.         Syamel Syamel Syamel & Ernie Zakri AKU CINTA
9.         Gouffran / Ibnu Gouffran / Ibnu Haqiem Rusli TERGANTUNG SEPI
10.     Hael Husaini, Ezra Kong Hael Husaini, Ezra Kong Hael Husaini JAMPI
11.     Ibnu & Gouffran Ibnu & Gouffran Wany Hasrita MENAHAN RINDU
12.     Syamel Syamel Syamel LEBIH SEMPURNA

 

Minggu terakhir SFMM32 malam tadi juga turut dihiburkan dengan persembahan oleh kumpulan 6ixth Sense (Tanpa & Khatimah Cinta), Bunkface dan Tam Spider (Relaku Pujuk, Situasi, Aladdin, Revolusi). SFMM32 turut boleh ditonton secara langsung di portal video tonton dan youtube @TV3Malaysia. SFMM32 disokong oleh Geng Radio iaitu Hot FM & Kool FM, Geng Media Harian Metro dan Berita Harian serta Geng Media Digital Ohbulan!.

Tahniah kepada para komposer, penulis lirik dan penyanyi 12 lagu yang telah terpilih, nantikan persembahan hebat mereka di pentas AJL 32 pada Februari tahun hadapan! #AJL32

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *