(HIBURAN) 13 Juta Penduduk Malaysia Memilih Untuk Mendengar Astro Radio

era

Berdasarkan keputusan kaji selidik terkini yang dikeluarkan oleh Pengukuran Pendengar Radio Nielsen, Liputan 2, 2014, Astro Radio masih kekal menguasai seluruh rangkaian stesen radio di Malaysia dengan jumlah keseluruhan 13 juta pendengar setiap minggu berbanding keputusan sebelum ini 12.6 juta. Astro Radio, juga merupakan satu-satunya operator radio yang mengalami peningkat secara keseluruhan menurut kajian terkini dengan memperolehi 56.3% jumlah perkongsian pendengar.

Dari perspektif kedudukan, hasil kajian memperlihatkan bahawa  kedudukan stesen ERA fm, THR (Raaga dan Gegar) juga SINAR fm masih kekal kedudukannya sebagai tiga stesen radio  teratas di negara ini. Ketiga- tiga stesen ERA fm dan THR (Raaga dan Gegar) di laporkan mempunyai  peningkatan pendengar  setiap minggu masing – masing dengan  jumlah 5.2 juta, 3.8 juta  dan 3.7 juta pendengar.  Seterusnya, Rancangan Sarapan Pagi di Astro Radio turut mengekalkan takhtanya pada kedudukan tiga stesen teratas di negara ini.

Stesen – stesen di bawah payung Astro Radio seperti ERA fm, hitz fm, MY FM dan THR Raaga terus menguasai takhta bergelar stesen radio No.1 dalam kategori Bahasa masing- masing iaitu Bahasa Malaysia, Inggeris, Cina dan Tamil. THR Gegar, juga telah mengekalkan kedudukan sebagai stesen radio No.1 di sekitar Pantai Timur, termasuklah di Kelantan, Terengganu dan Pahang dengan jumlah pendengar seramai 1.9 juta.

Ketua Pegawai Eksekutif Astro Radio, Dr Jake Abdullah, berkata ,

“Kami di Astro Radio ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pendengar setia yang telah memberikan sokongan padu terhadap stesen- stesen di Astro Radio. Kedudukan kami sebagai peneraju industri radio pada hari ini adalah kerana adanya bakat-bakat popular di setiap stesen dan memiliki pelbagai program radio yang inovatif.  Kami turut gembira melihat adanya peningkatan dari sudut pendengar Astro Radio terutamanya bagi gelombang SINAR fm, THR (Raaga dan Gegar), Lite FM dan MELODY FM.

Aliran radio pada era ini terus berkembang dan aspirasi kami adalah kekal sentiasa berada di hadapan landasan ini dengan memberi tumpuan kepada isi-isi kandungan secara setempat, memperkenalkan kepelbagaian teknologi baru yang akan mendorong para pedengar, merumuskan strategi pemasaran dan pengiklanan selaras dengan citarasa pendengar yang sentiasa berubah-ubah. Kami kekal memberikan perkhidmatan terbaik kepada pelanggan-pelanggan, dengan menyajikan  pelbagai idea kreatif yang kukuh , pelaksanaan kempen yang mantap merangkumi pelbagai aset digital yang ada ketika ini termasuklah pasukan ‘on ground’ dan adanya kerjasama  dari pihak Astro.

Kami juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak penaja, rakan-rakan kongsi, dan syarikat-syarikat pengiklanan diatas kepercayaan dan keyakinan mereka terhadap Astro Radio. Pihak Astro Radio juga akan terus menghasilkan isi-isi kandungan yang inovatif untuk mencuri hati para pendengar. Pendekatan kami adalah sentiasa untuk terus mendorong pasukan yang ada untuk lebih maju, melakukan sesuatu yang lebih dan perbanyakkan pelaburan. Hari ini, rakyat Malaysia bukan sahaja dapat mendengarkan celoteh penyampai kegemaran mereka melalui gelombang radio, malah mereka boleh mengakses Astro Radio selama 24 jam di mana sahaja dan juga melalui aplikasi Raku dan laman sesawang yang telah menjadikan stesen kami benar-benar boleh diakses di mana dan pada bila-bila masa sahaja.”  tambah beliau.

RADIO BAHASA MALAYSIA

ERA fm Kekal Takhta Raja Radio Malaysia,  Jumlah Pendengar SINAR fm Meningkat, THR Gegar Masih Kuasai Pantai Timur!

ERA fm adalah stesen radio No. 1 di Malaysia dengan jumlah 5.2 juta pendengar setiap minggu. Rancangan Sarapan Pagi bersama Johan, Haniff dan Ray menarik sejumlah 2.9 juta pendengar, manakala rancangan Petang ERA bersama Adi & Zahid mencatatkan 2.7 juta pendengar setiap minggu. Purata jumlah pendengar ERA fm meningkat dari 272,000 ribu kepada 293,000 dan mempunyai Pendengar Eksklusif sebanyak 1.5 juta. Masa yang diluangkan oleh para pendengar meningkat dari 8 jam 47 minit kepada 9 jam 32 minit.

THR Gegar masih lagi mengekalkan kedudukannya sebagai stesen No. 1 di Pantai Timur dengan jumlah pendengar sebanyak 1.9 juta. Manakala, THR Gegar juga berjaya meningkatkan jumlah purata pendengar dari 121,000 kepada 136,000 orang dan turut meningkatkan jumlah Pendengar Eksklusif mereka dari 623,000 ke 823,000.

SINAR fm telah mengukuhkan kedudukannya sebagai stesen No.3 di Malaysia dengan jumlah pendengar mencecah 3.7 juta. Rancangan Sarapan Pagi SINAR fm, SINAR Pagi,  mengalami peningkatan dari sudut jumlah pendengarnya yang mencapai 1.9 juta orang setiap minggu. Manakala, jumlah Pendengar Eksklusif SINAR fm juga meningkat dari 846,000 kepada 1.1 juta orang dengan purata masa yang diluangkan oleh para pendengar dicatatkan selama 9 jam 46 minit.

RADIO BAHASA CINA

MY FM mengekalkan kedudukannya sebagai stesen Bahasa Cina No.1 di Malaysia dengan jumlah 2.0 juta pendengar setiap minggu. Rancangan Pagi bersama Jack, Mei Yan dan Jeff berjaya mendapat lebih 1.3 juta pendengar, dan kekal sebagai Rancangan Sarapan Pagi Berbahasa Cina No.1 di Malaysia untuk 11 kali berturut-turut. Untuk Rancangan Petang, pula MY FM mencatat lebih 1.2 juta pendengar. Purata masa yang diluangkan oleh para pendengar di MY FM meningkat kepada 10 jam 06 minit.

MELODY FM dilaporkan mengalami peningkatan jumlah pendengarnya sebanyak 70% dengan purata jumlah pendengar meningkat dari 313,000 kepada 533,000. Jumlah Pendengar Eksklusif stesen ini juga meningkat dari 20,000 kepada 35,000. Manakala, jumlah masa yang diluangkan oleh para pendengar mencatat lebih 10 jam 52 minit.

RADIO BAHASA INGGERIS

hitz fm masih lagi kekal kedudukannya sebagai stesen No.1 Bahasa Inggeris di Malaysia dengan jumlah pendengar 1.1 juta. Rancangan Sarapan Pagi The hitz fm Morning Crew bersama Ean dan Jin merupakan Rancangan Sarapan Pagi Bahasa Inggeris No.1 negara dengan jumlah pendengar sebanyak 436,000 orang. Manakala Rancangan Petang bersama R.D pula mencatat jumlah 496,000 orang pendengar. Purata masa yang diluangkan oleh para pendengar hitz fm adalah 6 jam 08 minit.

Lite FM merupakan satu-satunya stesen Bahasa Inggeris yang berjaya meningkatkan jumlah pendengarnya dengan mencatatkan penigkatan sebanyak 11%, iaitu lebih 265,000 orang pendengar. Stesen ini juga mendapat jumlah masa yang tertinggi diluangkan oleh para pendengar yang iaitu 9 jam 59 minit. Pendengar Eksklusif Lite FM meningkat dari 58,000 orang kepada 80,000 orang pendengar.

MIX fm pula mencatatkan penurunan dalam jumlah pendengar, dari 209,000 kepada 161,000. Masa yang diluangkan oleh para pendengar pula adalah 6 jam 09 minit, manakala jumlah Pendengar Eksklusif mereka pula dicatatkan pada jumlah 22,000 orang.

RADIO BAHASA TAMIL

THR Raaga masih lagi mendominasi arena radio Bahasa Tamil di Malaysia dengan mencatatkan jumlah pendengar sebanyak 1.9 juta. Jumlah Pendengar Eksklusif stesen ini meningkat dari 927,000 orang kepada 977,000 orang. Manakala, jumlah Purata Pendengar pula meningkat dari 192,000 kepada 210,000.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *