(HIBURAN) 29 Februari Filem Stereoscopic 3D pertama Malaysia

Filem Stereoscopic 3D pertama Malaysia mengisahkan perjalanan hidup Budi yang lahir pada tahun lompat 29 Februari 1896, dan hanya dimakan usia hanya 4 tahun sekali. Adakah ini anugerah atau sumpahan?

Mengisahkan kehidupan Budi yang dilahirkan pada tahun lompat 29 Februari 1896 dan hanya dimakan usia 4 tahun sekali. Keadaan fizikalnya yang kelihatan terbantut menyebabkan masyarakat menganggap ‘kecacatan’ itu sebagai suatu sumpahan, sedangkan ianya suatu anugerah bagi Budi untuk melalui era transformasi Tanah Melayu, Malaya dan akihirnya Malaysia yang bebas merdeka.
dia diuji sekali lagi apabila

 dipisahkan dari ibu dan bapanya ketika peperangan zaman Jepun.Masa seolah tidak berganjak buat Budi, dan akibatnya sentiasa menyaksikan kehilangan orang tersayang.. Beliau diasuh di sebuah rumah bakti bersama sahabat baiknya Razak, yang cacat penglihatan Budi melalui perjalanan hidup berlatarbelakangkan detik-detik bersejarah Negara dan mula mengenali erti kebahagiaan apabila berkenalan dengan Lily.Walaubagaimanapun, kisah percintaan Budi dan Lily melalui pelbagai cabaran dan dilarang oleh keluarga Lily. Apakah satu-satunya cinta Budi akan kekal abadi, seiring dengan hayatnya yang seolah tidak berpenghujung?

Saksikan sebuah lakonan mantap Remy Ishak sebagai Budi, pencinta sepanjang zaman yang pasti memukau dan merintih hati setiap yang menonton “29 Februari” di pawagam mulai 30hb Ogos 2012.

ulasan Galaksi Media :

Biografi fiksyen atau Biografi Fantasi “ ..2 perkataan yg digambarkan oleh penerbit filem 29 Februari ini . Pada 28 Ogos 2012, bertempat di Sunway Pyramid, berlangsungnya majlis preview filem keluaran pihak KRU Studios iaitu 29 Februari , lakonan aktor Remy Ishak dan pendatang baru Jojo Goh. Filem ini diarahkan oleh sutradara Edry Abd Halim. Ia turut dibantu oleh para pelakon seperti Izzue Islam, Fizz Fairuz, Muniff Isa, Chew Kin Wah, Margaret Gan, Ramli Hassan, Dian P. Ramlee, Namron dan Adleena Nordin. Jika kita pernah melihat filem “curious case of benjamin button” ia merupakan filem yang menekan tentang faktor umur dalam persembahan ceritanya. Begitu juga dengan filem arahan Edry ini, faktor kelahiran pada tahun ganjil iaitu 29 Februari menjadi satu intipati untuk beliau mengarap satu filem yang mempunyai kelainan dan merentasi masa. Mungkin orang tidak dapat menerima persoalan umur yang hanya meningkat sekali dalam masa 4 tahun, tapi kita cuba tolak penilaian itu dengan hanya memfokuskan kelainan dalam penceritaannya. Filem ini juga menekankan sedikit sebanyak aspek-aspek sejarah serta tahun-tahun tertentu yang mempunyai simbolik tentang peristiwa-peristiwa penting sejarah Malaysia. Filem ini juga menerapkan unsur-unsur keharmonian kaum dan juga mengenai cinta sejati. Kekuatan KRU dalam penghasilan lagu juga sikit sebanyak memainkan peranan dalam menjadikan filem ini sebuah muzikal yang mendayu dan para penonton buat kali pertamanya boleh mendengar heronya Remy Ishak mengalunkan lagu dalam filem. Rakyat Malaysia patut menonton filem ini kerana pihak KRU telah menyelitkan elemen-elemen filem lama dari arkib negara Malaysia seperti peristiwa pengisytiharan kemerdekaan Malaysia yang berlaku di Stadium Merdeka yang telah diadunkan , diedit dan diwarnakan kerana kebiasaan kita hanya melihat filem-filem pendek sejarah ini dalam bentuk hitam putih. Usaha pihak KRU ini patut diberi pujian kerana berani memberi nafas baru dalam industri perfileman negara.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *