(HIBURAN) 6 JUTA PENONTON MENYAKSIKAN ‘LELAKI TERAGUNG’ MENJUARAI ANUGERAH JUARA LAGU 31

 

Kuala Lumpur, 25 Januari 2017 – Anugerah Juara Lagu 31 yang telah berlangsung pada hari Ahad, 22 Januari 2017 yang lalu telah mengekalkan statusnya sebagai program anugerah no.1 negara setelah meraih 6 Juta orang penonton.

Lebih membanggakan apabila AJL31 ini berjaya mendominasi separuh penonton di seluruh negara (51.2% market share) mengatasi pelbagai program-program menarik di stesen televisyen lain yang juga bersiaran pada masa dan waktu yang sama. Dengan kata lain, pada malam tersebut, lebih separuh rakyat Malaysia dari pelbagai bangsa dan umur menonton Anugerah Juara Lagu 31.

Sememangnya Anugerah Juara Lagu 31 ini merupakan sebuah program anugerah yang sentiasa dinantikan penggemar muzik tanah air. Bukan sahaja di kaca televisyen, Anugerah Juara Lagu 31 ini juga dipancarkan menerusi laman portal video rasmi tonton (www.tonton.com.my) di mana penonton disajikan dengan strim langsung berdefinisi tinggi. Sebanyak 150,000 penonton AJL31 telah menonton secara strim langsung melalui ’aplikasi tonton’ dan laman Facebook rasmi tonton (@tontonmy). Dengan jumlah angka itu, AJL31 telah ditonton di merata sumber media sosial lebih 500,000 tontonan (views) termasuk Facebook dan Youtube.

Statistik di arena ‘atas talian’ (online) mencatatkan sebanyak 33.5 juta pengguna laman sosial telah menggunakan #AJL31 bermula 1 Januari hingga tamat program itu, malam Ahad, 22 Januari lalu. Dengan pencapaian itu, Anugerah Juara Lagu telah trending nombor 1 bukan sahaja di Malaysia, malah seluruh dunia. Para pencinta Anugerah Juara Lagu 31 boleh melihat kesemua komen dan gambar yang dimuat naik dengan #AJL31 di laman sosial Twitter, Instagram, dan Facebook.

Menurut Pengurus Besar Kumpulan, Kumpulan Pengurusan Penjenamaan dan Rancangan TV3 dan TV9, Cik Sherina Nordin, “Kami berbangga dengan pencapaian AJL31 kali ini kerana ia bersifat lebih santai daripada tahun lepas tetapi impaknya lebih dirasai apabila setiap finalis menyampaikan cerita disebalik setiap lagu mereka. Pada malam Ahad itu, sekali lagi AJL31 telah membuktikan bahawa ia tetap masih relevan dan tetap menjadi program anugerah pilihan rakyat Malaysia apabila ia telah meraih 6 juta penonton, mengekalkan ratings seperti tahun lepas. Namun, yang lebih membanggakan adalah jumlah penonton di media digital telah bertambah sebanyak 30% jika dibandingkan dengan tahun lepas. Kami akan mengambil pencapaian ini sebagai satu penanda aras untuk meningkatkan lagi kualiti program kami, kerana pencapaian ini merupakan satu permulaan yang cemerlang dalam memulakan tahun 2017.”

Malam itu, AJL31 telah bermula dengan acara karpet merah pada pukul 7.30 malam yang dikendalikan sepenuhnya oleh rancangan hiburan TV9, ‘POP TV’, menampilkan ramai barisan artis dan penyanyi popular termasuk finalis-finalis AJL31. Pop TV telah menyiarkan upacara karpet merah itu secara langsung pada pukul 8.30 malam dan telah meraih jumlah tontonan sebanyak 1.4 Juta.

Di pentas AJL31 malam itu pula, kesemua 12 finalis telah memberikan persembahan mereka yang terbaik. Bagaimanapun, kemenangan telah ditakdirkan untuk lagu ‘Lelaki Teragung’ (Juara lagu), Terimaku Seadanya (Naib Juara), Sudah Ku Tahu (Tempat ketiga), Dayang Nurfaizah (Vokal Terbaik) dan Khalifah telah meraih undian majoriti secara atas talian di laman web www.anugerahjuaralagu.com dan dinobatkan Persembahan Terbaik, Anugerah Juara Lagu 31.

Selain di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Anugerah Juara Lagu 31 turut ditonton secara besar-besaran di Golden Screen Cinemas (GSC) di Dataran Pahlawan, Melaka. Gandingan video portal nombor satu Malaysia, tonton dan GSC, AJL 31 telah dipancarkan di empat layar perak GSC, malam itu. Seramai 1,500 orang pengunjung telah menyertai Tayangan HD Eksklusif AJL31 ini setelah upacara karpet merah merah yang disertai barisan pelakon popular termasuk Ruhainies, Zamarul Hisham, Redza Rosli, Dazrin Kamarudin, Mimi Lana, Mustaqim Bahadon, Puteri Aisyah, Kamal Sumbu, Raja Afiq, Abam Bocey, Amir & Syai Seekers dan kumpulan Forteen.

Para pemenang AJL31 malam itu telah membawa pulang hadiah-hadiah berikut:

 

Anugerah Lagu Penulis Lirik Komposer Penyanyi Hadiah
Persembahan Terbaik Hang Pi Mana Yabang Harry Khalifah ·   Trofi AJL

·   RM 12,000

·    Telefon Pintar Samsung Galaxy A Series 2017

Vokal Terbaik Lelaki Teragung Iman Imran Natasyah Dayang Nurfaizah ·   Trofi AJL31

·   RM 12000

Tempat Ke-3 Sudah Ku Tahu Razif Razif Projctor Band ·   Trofi AJL31

·   RM20,000

Naib Juara Terimaku Seadanya Ajal Ajai Misha Omar & Hafiz Suip ·   Trofi AJL31

·   RM35,000

Juara Lagu Lelaki Teragung Iman Imran Natasyah Dayang Nurfaizah ·   Trofi AJL31

·   RM50,000

·   Telefon Pintar Samsung Galaxy A Series 2017

·   Baucar Produk CJ Wow Shop bernilai RM10,000

Kesemua anugerah AJL31 ini telah diadili oleh juri-juri profesional AJL31, Edrie Hashim, Edry Abd Halim, Habsah Hassan, Siso, Tam Spider, Azlan Abu Hassan, Jay Jay, Dato’ Mokhzani, Pak Ngah, dan diketuai oleh Azmeer kecuali Anugerah Persembahan Terbaik. Pihak penganjur telah membuka peluang kepada penonton di rumah untuk mengundi secara atas talian di www.anugerahjuaralagu.com. Para penonton hanya dibenarkan untuk mengundi persembahan pilihan mereka sekali sahaja.

Dalam meraikan kemenangan lima kategori anugerah itu, pihak penganjur turut mengucapkan tahniah kepada finalis AJL31 yang lain iaitu Hazama, Shila Amzah & Alif Satar, Elizabeth Tan & Awi Rafael, Aiman Tino, Sufian Suhaimi, Akim & The Majistret, Black, serta Syamsul Yusof & Mawi kerana telah berhempas pulas dalam mencorakkan persembahan terbaik mereka untuk dipertandingkan di pentas berprestij ini.

Satu kelainan yang ditampilkan dalam Anugerah Juara Lagu kali ini adalah gandingan Jaclyn Victor dan juara pertandingan ‘Asia Got Talent’ yang telah dibawa khas daripada Filipina sebagai persembahan pembuka tirai. Jaclyn Victor mengalunkan lagu ‘Gemilang’ sementara kumpulan ‘El Gamma Panumbra’ telah menghiasi pentas AJL31 dengan ‘tarian bayang’ mereka. Manakala, persembahan interlude di akhir rancangan sementara menunggu keputusan, Man Bai, Ameng, dan Ella telah membuat satu persembahan penghormatan kepada dua penulis lirik lagenda negara Allahyarham Loloq (Rosli Khamis) dan Allahyarham Juwie (Abdul Jalil bin Salleh). Man Bai telah mempersembahkan lagu ‘Masih Aku Terasa’ (ciptaan Juwie), Ameng telah menyampaikan lagu ‘Sampai Hati’ (ciptaan Juwie), dan Ella telah menyanyikan lagu ‘Layar Impian & Permata Pemotong Permata’ (Ciptaan Loloq).

AJL 31 ini telah diterajui oleh Penerbit Eksekutif, Puan Nurhul Huda Hj Khalid dan dibantu oleh Penerbit, saudara Zamzuri ‘Ayau’ Zaini di samping empat pengacara berpengalaman dan petah berbicara iaitu Fizi Hot FM, Fara Fauzana, Awal Ashaari, dan Sarimah Ibrahim.

Anugerah Juara Lagu 31 berbesar hati kerana dapat berkerjasama dengan penaja-penaja AJL31, Honda, Samsung, dan CJ Wow Shop. Honda memberikan satu pengalaman unik kepada artis-artis AJL31 termasuk Man Bai dengan menyediakan pemandu yang membawa mereka ke Pusat Dagangan Dunia Putra dengan menaiki Honda Civic generasi ke-10. Samsung pula memberikan peluang kepada penonton AJL31 di Dewan Merdeka untuk memenangi sebuah telefon pintar Samsung Galaxy A. Selain itu, atas pilihan Samsung, selebriti turut dipilih sebagai pemenang dan telah memenangi sebuah telefon pintar Samsung Galaxy A Series 2017 serta pakej penginapan di St. Regis Langkawi selama tiga hari dua malam. Manakala, CJ WOW SHOP menyumbangkan penambahan hadiah baucar produk sebanyak RM10,000 kepada Juara Lagu 31.

Selain itu, Anugerah Juara Lagu 31 ini tidak akan berjaya tanpa sokongan padu daripada rakan-rakan media AJL 31. Mereka adalah Geng Radio Hot FM dan Kool FM, serta media rasmi Harian Metro, Berita Harian, dan ZIP. Tidak ketinggalan juga geng digital tonton yang memberikan para penonton peluang untuk menonton Anugerah Juara Lagu 31 secara strim langsung berdefinisi tinggi di www.tonton.com.my. Selain itu, Studio 8 juga mengulaskan AJL31 dari sudut berbeza melalui program ‘Dari Bilik Sebelah’ dimana para penonton berpeluang untuk menontonnya di www.youtube.com/user/TV3MALAYSIAOFFICIAL .

Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman web www.tv3.com.my dan ikuti juga laman sosial Facebook, Twitter, Instagram dan youtube TV3 iaitu @TV3Malaysia. Gunakan #ajl31 untuk menghangatkan lagi perbualan dan sebarang komunikasi di laman sosial berkaitan Anugerah Juara Lagu 31.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *