(HIBURAN) 8TV MEMPERSEMBAHKAN “SHILA AMZAH MASTERCLASS” – RANCANGAN REALITI MUZIK BAHASA MANDARIN PERTAMA DI MALAYSIA

Spread the love

Petaling Jaya, 23 November 2021 Saluran TV berbahasa Cina nombor 1 Malaysia, 8TV, akan menyiarkan sebuah rancangan realiti muzik dalam bahasa Mandarin – “Shila Amzah Masterclass” – yang akan disiarkan pada setiap hari Sabtu, pukul 9.00 malam, bermula pada 27 November 2021 ini.

Rancangan realiti ini diterbitkan oleh Infinitus Media Sdn Bhd dan YAYGO Entertainment Sdn Bhd.  “Shila Amzah Masterclass” ini diketuai oleh Shila Amzah sendiri, bersama-sama barisan tenaga pengajar terkenal dan berpengalaman di Malaysia seperti Nicholas Teoh, Jaclyn Victor, Priscilla Abby, Kaka Azraff, Naim Daniel, Nikki Palikat dan Elvira Arul.

Shila Amzah telah memilih lima protege daripada 300 pemohon yang telah diuji bakat untuk meneruskan perjuangan mereka ke pentas “Shila Amzah Masterclass”. Mereka telah melalui latihan masterclass “Boot Camp” yang intensif selama 10 hari, di mana kemahiran teknikal mereka diasah dan ketahanan psikologi mereka diuji. 

Lima protege terpilih iaitu Lydia Lim Pei San, Winnie Leong Wan Yi, June Wong Yoke Yee, Uriah See Khai, Daniel Sher Aaton Bahadur perlu meneruskan usaha dan lebih bersemangat untuk berhadapan dengan pelbagai rintangan yang bakal diharungi. Bimbingan dan tunjuk ajar daripada tenaga pengajar berpengalaman pastinya membuatkan mereka berjaya mengubah diri mereka dalam masa singkat. 

Menerusi “Shila Amzah Masterclass”, Shila Amzah selaku pengetua akan sentiasa berinteraksi bersama-sama lima protege yang berjaya termasuklah menegur dan membimbing mereka. Dari situ, penonton dapat menyaksikan kisah benar dan realiti yang berlaku sepanjang rancangan realiti ini jalankan, semangat setiap protege serta perubahan yang ditonjolkan oleh mereka daripada untuk mencapai impian mereka menjadi kenyataan.

Persembahan yang ditonjolkan pastinya dapat mencuit hati penonton kerana mereka akan memberikan persembahan terbaik mengikut kepakaran masing-masing bukan setakat menerusi nyanyian tetapi persembahan mereka juga menyentuh gaya muzik dan budaya yang berbeza. Lebih-lebih lagi, dengan pelbagai peringkat umur, personaliti dan identiti protege, rancangan ini dapat mempersembahkan gabungan unik yang lebih segar kepada penonton Malaysia. Gabungkan elemen muzik dan budaya unik yang terdapat di Malaysia, “Shila Amzah Masterclass” secara tidak langsung berjaya memupuk nilai-nilai murni iaitu kerjasama, hormat dan harmoni. 

Selesai episod pertama hingga kelapan, protege-protege “Shila Amzah Masterclass” akan menyampaikan persembahan graduasi mereka dalam episod akhir iaitu episod 9 kepada Shila Amzah. Di penghujung persembahan, Shila akan mengumumkan pemenang pilihannya dan sekaligus berpeluang merakam duet dengan Shila Amzah.  

Menurut Leonard Ariff Abdul Shatar, Pengarah Urusan Kumpulan, Duopharma Biotech Berhad, “Sinonim dengan kesinambungan ‘kesihatan adalah kecantikan’, kami terus memperluas dan meningkatkan kualiti rangkaian penjagaan kesihatan pengguna dengan penambahan elemen kecantikan untuk memenuhi permintaan yang semakin tinggi. Dengan kejayaan Flavettes Effervescent Glow, Duopharma Biotech telah berjaya melangkah ke hadapan untuk membina rangkaian suplemen kecantikan effervescent kami, Flavettes Nutriskincare.”


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *