(HIBURAN) Adaptasi filem animasi Madagascar,  beraksi atas pentas di Kuala Lumpur.

Spread the love

Kuala Lumpur, 5 Disember 2019 – Berdasarkan filem animasi oleh DreamWorks yang memiliki rekod pecah panggung; “Madagascar The Musical” dipentaskan di Kuala Lumpur hari ini di Dewan Plenary, KLCC sekali gus menjadikannya pementasan terulung di Asia Tenggara! Alex the Lion, Marty the Zebra, Melman the Giraffe dan Gloria the Hippo telah membawa penonton dalam satu pengembaraan yang mengujakan ketika mereka melarikan diri dari Taman Zoo ‘Central Park Zoo’ di New York dan menempuh dunia lucu King Julien yang penuh dengan kegilaaan. Malaysia adalah tuan rumah yang pertama di Asia Tenggara untuk pementasan antarabangsa ini yang diterbitkan dalam satu kolaborasi dengan DreamWorks Production.

‘Madagascar the Musical’ mengisahkan tentang Alex the Lion; tarikan utama Taman Zoo ‘Central Park Zoo’ di New York. Dia dan rakan-rakannya yang telah menghabiskan seluruh hidup mereka di hadapan khalayak ramai; termasuklah sahabat baiknya Marty the Zebra yang mengimpikan kehidupan di luar Taman Zoo. Demi impian ini, Marty; telah memberanikan dirinya untuk melarikan diri dari Taman Zoo tersebut dan memasuki bandaraya yang seterusnya membawa kesemua mereka dalam satu pengembaraan yang luar biasa di sebuah dunia yang penuh dengan kegilaan King Julien iaitu Madagascar!

Dewan Plenary di KLCC telah diubah suai menjadi seumpama satu kawasan perhutanan Pulau Madagascar yang berwarna-warni selain dipenuhi dengan perhiasan latar belakang yang serupa seperti dalam filem animasi tersebut. Para penonton dihiburkan oleh sekumpungan burung penguin yang lucu; Skipper, Kowalski, Rico,dan Private bersama dengan Alex dan kawan-kawannya yang telah bersiap-sedia untuk melalui pengembaraan yang mencuit hati. Penerbitan ‘Madagascar the Musical’ yang  berasal dari United Kingdom hasil usahasama dengan DreamWorks ini telah memperdengarkan lagu-lagu ikonik termasuklah “I Like To Move It, Move It” dan lagu-lagu baru lain yang membuatkan penonton yang hadir menari mengikuti rentaknya.

Menurut Pengarah Urusan syarikat Milestones Production; Dato’ Grace Lee, “Kami sangat teruja menjadi tuan rumah untuk pementasan terulung “Madagascar The Musical” di Malaysia buat kali pertama di Asia Tenggara;  selepas kejayaan besar pementasan in di seluruh United Kingdom. Kami berasa teramat bangga bahawa Malaysia menjadi destinasi pilihan pementasan “Madagascar The Musical” dimana filem animasi “Madagascar” meraih kejayaan yang tinggi di panggung wayang.  Para hadirin akan mendapati setiap watak yang dilakonkan membawa keunikan tersendiri kepada pementasan ini. Kami berharap pementasan ini akan mendapat sambutan yang baik dan berjaya menghiburkan semua hadirin dan adalah juga menjadi harapan kami bahawa dengan membawakan aksi dan persembahan antarabangsa seperti ini; ianya dapat meningkatkan imej Malaysia sebagai  destinasi pilihan pementasan berkualiti atarabangsa di rantau ini. Dengan ini, kami merasa amat teruja untuk bekerjasama dengan pelbagai pihak dalam membawa pelbagai persembahan antarabangsa lain ke Malaysia dalam masa yang terdekat.”

‘Madagascar the Musica’l akan berlangsung di Kuala Lumpur sehingga 8 Disember 2019 ini, jadi bersegeralah untuk dapatkan tiket anda! Disamping itu, anda berpeluang mendapatkan potongan 25% untuk harga tiket Premium, VIP dan  CAT A dengan menggunakan Kad Maybank anda. Untuk maklumat lanjut mengenai pementasan muzikal ini, senarai pelakon-pelakon dan info pembelian tiket; sila layari www.milestones-entertainment.com atau www.facebook.comMilestonesEntertainment.Show/

Jom mengembara bersama!

Tarikh Pementasan: 5 – 8 Disember 2019

Tempat: Dewan  Plenary, KLCC

Harga Jualan Tiket: RM498 (Premium) | RM368 (VIP) | RM268 (CAT A) | RM188 (CAT B) | RM98 (CAT C)

*Ticket prices are subject to RM4 ticketing fee.

-Tamat-


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *