(HIBURAN) Akustika Ramadan di TV3

Akustika Ramadan (8)

Sempena bulan Ramadan yang sedang berlangsung, TV3 mempersembahkan sebuah program muzikal dan ilmuan berbentuk ketuhanan iaitu ‘Akustika Ramadan’ yang menampilkan hos Tajdid Hadhari dan Ustaz Zhafran Zainuldin bersama selebriti jemputan seperti Azlan & The Typewriter, Najwa Latif, Hijjaz, Black, Jambu, Angah Raja Lawak, Qi Razali termasuk ustaz-ustaz jemputan bermula 9 Julai 2013, setiap hari Selasa jam 11.00 malam.

 akustika ramadansmall

Istimewa dan uniknya program muzikal ini ialah ia mempunyai segmen ilmuan, dimana ia akan menyelitkan ceramah, perbincangan yang berkaitan dengan Islam dan cerita pengalaman artis-artis jemputan semasa menjalani ibadah di bulan yang mulia ini sambil diselang-selikan dengan nyanyian dan lawak jenaka.

Dalam episod pertama, artis jemputan ialah Azlan & The Typewriter dan juga pelawak Jambu, manakala ustaz jemputan untuk segmen ilmuan ialah Ustaz Haslin Baharin. Seterusnya dalam episod kedua, artis yang dijemput ialah Najwa Latif, Nelydia Senrose dan Qi Razali bercerita tentang pengalaman berpuasa dan ustaz yang dijemput untuk sesi soal jawab tentang topik ketuhanan ialah Ustaz Ahmad Madrasah.

Minggu ketiga akan mempamerkan bakat Amir Jahari dan juga Angah Raja Lawak sebagai penghibur dan Ustaz Hanafiah Malek sebagai Ilmuan yang akan memberi penonton serba sedikit pengajaran dan kisah tauladan untuk kita hayati.

Minggu keempat pula membawa Nabil, Afdlin Shauki, dan Hijjaz sebagai penghibur dan Habib Najmuddin untuk mendahului segmen ilmuan rancangan Akustika Ramadan ini. Minggu terakhir akan lebih dinamik dengan kemunculan Black dan RJ, Shuib Sepahtu serta ustaz dan ustazah jemputan iaitu Ustaz Syed Norhisham dan Ustazah Sharifah Khasif untuk mengolah sesi soal jawab dan segmen ilmuan.

‘Akustika Ramadan’ diterbitkan oleh Primeworks Studio yang diterajui Ahmad Shaifullizam Arshad (Gbam) sebagai Penerbit. Saksikan ‘Akustika Ramadan’  mulai 9 Julai 2013, setiap Selasa jam 11.00 malam. Penonton juga boleh menonton menggunakan komputer, telefon pintar atau tablet dengan melayari www.tonton.com.my pada bila-bila masa dan di mana-mana jua. Layari laman web rasmi, www.tv3.com.my dan laman sosial Facebook, Twitter & Instagram TV3Malaysia untuk berita terkini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *