(HIBURAN) Album 15 SENANDUNG AIDILFITRI

15

Raya kembali lagi! Kali ini lagu-lagu Raya daripada Dato’ Jamal Abdillah, Hafiz, Awie, Feminin, Maya Karin, Adibah Noor dan ramai lagi disatukan bersama dalam satu album yang berjudul ‘15 Senandung Aidilfitri’. Ini merupakan sebuah album kompilasi Raya terbaru terbitan Warner Music Malaysia. Sebanyak 15 buah lagu-lagu Hari Raya disatukan dalam album kompilasi Raya ini. Terdapat 3 buah lagu terbaik sepanjang zaman iaitu dari Dato’ Jamal Abdillah, Feminin dan Ajai. Turut menampilkan 2 buah lagu baru iaitu dari Soo Wincci yang bertajuk ‘Salam Aidilfitri’ dan ‘Syawal Tanpamu’ oleh NtahSape2Ntah. Bagi peminat lagu-lagu Hari Raya, jangan lepaskan peluang untuk menceriakan Hari Raya anda dengan ’15 Senandung Aidilfitri’yang boleh didapati di pasaran dalam bentuk cakera padat dengan harga RM 23.90 hanya daripada Warner Music Malaysia!

 

 

Berikut adalah senarai lagu-lagu yang dimuatkan dalam album ini:

  1. Hadirkanku Di Ingatan – Hafiz
  2. Tak Pisah Kenangan – Awie
  3. Pulang – Maya Karin
  4. Warkah – Hafiz, Akim, Datuk Haji Aznil & Aril
  5. Syawal Tanpamu – NtahSape2Ntah
  6. Bayangan Ilham – Akim, Nera & Ray
  7. Salam Aidilfitri – Soo Wincci
  8. Bersama-Sama – Erul & Ema
  9. Salam Aidilfitri – Dato’ Jamal Abdillah
  10. Hari Yang Kunanti – Hazama, Adira & Dina
  11. Eratkan Jalinan – Aril, Fina, Krill & Dina
  12. Kurniaan Di Hari Raya – Feminin
  13. Ramadan Dan Syawal – Adibah Noor
  14. Rindu Di Aidilfitri – Ajai
  15. Mamori Hari Raya – Dato’ Jamal Abdillah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *