(HIBURAN) ALBUM KOMPILASI 4 DIVA ROCK LAGENDA

Spread the love

Setiap kali membicarakan tentang industri ‘rock’ tempatan, tentu sahaja dikaitkan dengan penyanyi solo atau berkumpulan yang dipelopori  oleh golongan lelaki. Begitu ketara sekali betapa muzik ‘rock’ dimonopoli oleh golongan ini. Atas faktor jantina ini, kemunculan Ella dalam kebangkitan muzik rock pada mulanya diragui dan dipandang enteng. Ramai yang mempersoalkan kredibiliti beliau sebagai seorang penyanyi ‘rock’ wanita.

Namun, berkat kesungguhan dan kebolehan beliau yang tiada tolok bandingnya, Ella terus mengorak langkah mencipta nama dalam industri muzik tempatan. Industri muzik tempatan yang kemudiannya berevolusi ini menyaksikan kemunculan barisan ‘rocker’ wanita selepas itu. Kejayaan Ella kemudian diikuti oleh diva-diva ‘rock’ yang tidak asing lagi seperti Shima, Ruhil dan Wann. Legasi ‘rocker’ wanita kemudian berkembang lagi dengan kemunculan Dilla Hussien, Ramziela, Aida Agil, Nadia dan ramai lagi sehingga kini!

Kehebatan Ella tidak perlu lagi dipertikaikan apabila fenomenanya telah menjangkau dua dekad. Beliau yang juga dikenali sebagai Ratu Rock Malaysia, merupakan seorang artis yang popular dengan lagu “Permata Biru”, “Kesal”, “Sepi Sekuntum Mawar Merah” dan banyak lagi! Shima pula merupakan seorang penyanyi rock yang memukau peminat muzik rock menerusi kebolehannya menyampaikan lagu-lagu bernada tinggi yang memukau peminat muzik rock menerusi kebolehannya Single-single yang menaikkan nama beliau adalah “Setelah Aku Kau Miliki” dan “Teringin”.

Ruhil Amani pula merupakan seorang penyanyi rock pada sekitar tahun 80-an yang popular dengan lagu “Kawan”, “Anak Dunia” dan “Percayalah”. Manakala Wann pula pernah merakamkan 2 buah album rock pada awal karier nyanyiannya dan merupakan seorang penyanyi yang popular pada sekitar akhir tahun 80an dan awal tahun 90an. Antara lagu-lagu popular beliau adalah “Lamunan Hati”, “Kau Bagai Cermin”, “Aku Dalam Teka Teki” dan “Terlerai Kasih”.

Aura 4 diva rock ini mewarnai industri muzik hampir lebih satu dekad. Populariti mereka meletakkan nama dan aura sebaris dengan lagenda-lagenda rock seperti Amy Search, Awie Wings, Nash Lefthanded dan ramai lagi. Di sebalik genre ‘rock’ yang agak keras, ke empat-empat diva ini masih mengekalkan ciri-ciri kewanitaan dalam muzik mereka, lantas diterima oleh segenap lapisan masyarakat.

Khas buat peminat ‘rock’ tanah air, Warner Music Malaysia kini menampilkan sebuah album kompilasi yang julung kalinya menggabungkan Ella,  Shima, Ruhil dan Wann. Sebuah kompilasi segar dan wangi 4 DIVA ROCK LAGENDA yang menampilkan 4 diva ‘rock’ terunggul ini boleh didapati di pasaran bermula 18 September 2012! Bagi peminat muzik rock, jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan album kompilasi yang tentunya meruntun jiwa dengan harga hanya RM 27.90!!!

 

Berikut adalah lagu-lagu yang dimuatkan dalam album ini:

 

Disc 1

1.    Pengemis Cinta – Ella

2.    Lamunan Hati – Wann

3.    Permata Biru – Ella

4.    Tak Pernah Aku Sesali – Wann

5.    Kesal – Ella

6.    Terlerai Kasih – Wann

7.    Terminal Cinta  – Ella

8.    Kau Bagai Cermin – Wann

9.    Puteri Kota – Ella

10.   Jawapan Yang Kelabu – Wann

11.    Sepi Sekuntum Mawar Merah – Ella

12.    Aku Dalam Teka Teki – Wann

13.     Tiada Tangis Lagi – Ella

14.     Gambaran Hidupku – Wann

Disc 2

1.    Kawan – Ruhil

2.    Setelah Aku Kau Miliki – Shima

3.    Anak Dunia – Ruhil

4.    Optimistik – Shima

5.    Datang Dan Pergi – Ruhil

6.    Di Sebalik Sejuta Wajah – Shima

7.    Percayalah – Ruhil

8.    Aku Wanita – Shima

9.    Hakikat Ini – Ruhil

10.     Teringin – Shima

11.      Kasih Tak Kesampaian – Ruhil

12.      Luka Dilukai – Shima

13.       Cinta Abadi – Ruhil

14.       Apa Kau Rasa – Shima

 

 


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *