(HIBURAN) ALBUM PAYSLIP DILANCARKAN SECARA EKSKLUSIF DI SPOTIFY

payslip_syurgasangpencinta

Kumpulan PAYSLIP membariskan remaja lingkungan umur belasan tahun yang dianggotai oleh Mohd Asrul Najmi (Jimmy) sebagai pemain bass, Mohd Asrul Hakimi (Akeem) sebagai vokalis, Nik Mohd Arif (Arif) sebagai pemain gitar, dan Syazwan (Wan) sebagai pemain drum. Pada tanggal 27 Oktober 2014 yang lalu, buat pertama kalinya Payslip telah melancarkan album mereka yang bertajuk “PAYSLIP” secara eksklusif di Spotify. Sebelum pelancaran album tersebut, mereka telah pun melancarkan single yang bertajuk  ‘Syurga Sang Pencinta’ juga secara eksklusif di Spotify pada 23 September yang lalu di No Black Tie, dan lagu ‘Syurga Sang Pencinta’ ini juga telah mula mendapat perhatian dan sudah mula dimainkan di corong-corong radio tempatan.

 image005

Album “PAYSLIP” yang sudah berada di Spotify ini mempunyai 5 buah lagu iaitu Super Hero, Syurga Sang Pencinta, Mengambil Alih, Gergasi Hijau, dan juga Biasa Saja.  Dengan pelancaran album dan juga single mereka di Spotify, Payslip juga bakal melancarkan album fizikal mereka di dalam masa yang terdekat ini.

Payslip yang dianggotai oleh 4 orang anak muda tempatan ini telah mendapat dorongan daripada rakan-rakan mereka serta ahli keluarga mereka terutama sekali daripada bapa kepada pemain gitar iaitu Arif yang juga merupakan pemain gitar kumpulan rock lagenda XPDC.

Kehadiran Payslip di dalam industri muzik tempatan bukanlah sesuatu yang baru, kumpulan yang ditubuhkan pada Mac 2012 mula mendapat perhatian apabila mereka telah menyertai satu rancangan televisyen tempatan bernama ‘Jamming’.  Kejayaan mereka tidak terhenti begitu sahaja, keinginan dan semangat untuk bermain muzik terus mereka usahakan sehingga melahirkan album pertama “PAYSLIP”.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *