(HIBURAN) ALIF DAN SONAONE SEBARKAN PESANAN POSITIF  YANG MEMBANGKITKAN  SEMANGAT DAN KEYAKINAN MENERUSI SINGLE BAHASA MELAYU SERTA VIDEO MUZIK ANIMASI TERBARU “PUN BOLEH”

“Jangan sekalipun soal kebolehan aku” – Tahun baru, azam baru. Alif dan SonaOnetampil dengan lagu yang sesuai untuk menjadikan tahun  2019 lebih bermakna dan membawa keyakinan. Meneruskan pesanan positif yang telah disemaikan dalam lagu “Obvious”, penerbit dan  penyanyi rap berduo Sony-Kartelini kembali dengan single berbahasa Melayu “Pun Boleh”berserta video muzik animasi arahan Eddie Ezuan
terbitan 33.3.

Sememangnya tidak diragui: “Pun Boleh” merupakan satu dedikasi khas yang ikhlas bertujuan untuk membangkitkan keyakinan diri hasil nukilan  dua orang artis kontemporari tersohor Asia Tenggara masa kini.

Sepanjang lagu ini Alif dan SonaOne meraikan kuasa dan potensi  golongan yang sering terpinggir dalam lirik dan alunan muzik mereka  yang hebat. Namun dalam penyampaian mereka yang penuh karismatik,
kebenaran dalam mesej yang disampaikan diperkukuhkan dengan  pesanan: “Kalau aku nak, aku pun boleh”.

Melengkapkan karya ini adalah penerbitan yang jitu gabungan alunan hip hop, R&B, soul serta pop, menjadikan bunyi yang dihasilkan begitu  gah dan kaya dengan aneka warna muzik. Sebagai bukti yang mereka  ‘tidak perlu menjerit’ untuk didengari, Pun Boleh” turut menampilkan  mastering oleh Chris Athens, yang pernah bekerja bersama Raekwon,  Rick Ross, N.E.R.D.serta Mos Def, manakala adunan muzik  mendapat sentuhan Jimmy Cash, yang baru-baru ini terbabit dalam  album hebat tahun 2018 Travis Scottyang berjudul Astroworld.

Seperti muziknya, video muzik lagu ini juga mempunyai dunianya tersendiri. Eddie Ezuan ingin menekankan kreativiti dan potensi yang  tidak berpenghujung lewat kuasa animasi sambil mewujudkan seni yang dizahirkan oleh Alif serta SonaOne. Oleh kerana itu, naratif video ini  mengikuti setiap artis secara berasingan kala mereka menerokai dunia  sains fiksyen yang berbeza, sehingga menghasilkan sebuah parti yang  epik di mana mereka berdua bergabung dan memberikan persembahan  kepada orang ramai sebelum menaiki kapal angkasa dan berangkat ke  misi mereka yang seterusnya.

“Pun Boleh” merupakan bunyi perubahan dan pengecualian. Sambil anda  menempuh 2019, jadikanlah lagu ini,tema pembakar semangat anda!

“Pun Boleh” akan berada di semua platform digital bermula  Jumaat, 18 Januari 2019. Pautan: http://lnk.to/PunBoleh

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *