(HIBURAN) AMAN RA BERKOLABORASI DENGAN ALTIMET DAN NOH SALLEH UNTUK SINGLE KELIMA BERTAJUK “BERADA”

“Berada” merupakan single kelima Aman RA selepas pelancaran single “Yedowh”, “Tabah”, “Malu Tanya Sesat” dan “Bangun” yang terkandung di dalam album sulungnya “REBEL” yang telah di keluarkan pada bulan August 2018 (1.8.18).

Lagu yang mengabungkan tiga rakan artis iaitu Altimet, Noh Salleh dan Aman RA mencerminkan perjalanan hidup mereka dan latar belakang yang agak berlainan tetapi dalam setiap cabaran dan setiap kenangan ajaran yang mereka terima adalah perasaan bersyukur walau apa jua keadaan.  Lagu yang berunsurkan pengajaraan ini juga mengunakan “wordplay” perkataan Berada (berharta), Berada (kedudukan) dan Brader (Persaudaraan).

Video muzik rasmi yang di terbitkan bulan May dan Jun 2019 telah sedikit sebanyak mengimbas kembali cabaran hidup yang mereka telah lalui dan kasih sayang dan dorongan yang telah di terima oleh Tuhan, kaum keluarga dan rakan-rakan.  Imbasan inilah yang mengingkatkan mereka untuk sentiasa berterimakasih dan berendah diri.

Maklumat Lagu

Tajuk : Berada

Artis : Aman RA ft. Altimet & Noh Salleh

Pencipta lagu : Navigator (Keramat Publishing Perkonsian Liabiliti Terhad)

Penulis Lirik : Altimet, Noh Salleh, Aman RA (Kartel Music Publishing / Noh Phrofile Enterprise / Keramat Publishing Perkongsian Liabiliti Terhad)

Maklumat Video Rasmi

AmanRAVEVO :  https://www.youtube.com/watch?v=I-R_Iki3YJc

Pengarah Video: Syed Muhamad Hanif Syed Sofi

Pengarah Fotografi: Khaldun Azhar  / Syed Muhamad Hanif Syed Sofi Penyunting: Abdul Haq bin Musa

Penerbit :  Keramat Records / Syed Muhamad Hanif Syed Sofi

Lirik :

Aman RA :

Apa maksud hidup penuh makna?

naik air terjun sampai jumpa takhta.

Jadi yang terbaik yang kita boleh jadi

Mintak apa saja dari Tuhan boleh bagi

 

Noh Salleh :

Atap usang tempat ku berteduh

Kedinginan malam ku berlabuh

Yang pasti  kumasih rasa berada..

Dimakan usia kita rapuh

Berdiri tak selamanya utuh

Yang pasti kita semua berada

 

Altimet : 

Dua roti canai pagi, Dua lagi untuk petang

Cakap terang budak bawah tanah mimpi nak terbang,

Oh ragu dalam hati menyerang

Fokus mata pada piala jadi aku maintain tenang

Duit cukup cukup makan tapi kalau aku cukupkan makan

takde duit minyak kereta tak jalan

Kereta tak jalan macam mana nak cari makan

Suara hati aku jadi waze jom cari jalan

Cetak biru dalam otak lepas tu orak

Gerak luar kotak hustle ni sunyi takde orang sorak

Flat semarak 12 2 blok sepuluh

November reign biar musim tengkujuh aku menyeluruh

Mama kata tulis guna hati elok elok

Baba kata berniaga fahamkan selok belok

Brader tanya altimet dah kaya ke belum,

Brader aku berada meh aku sedekah satu senyum

Noh Salleh :

Atap usang tempat ku berteduh

Kedinginan malam ku berlabuh

yang pasti  kumasih rasa berada..

dimakan usia kita rapuh

berdiri tak selamanya utuh

yang pasti kita semua berada

Kita semua berada x8

 

Aman RA :

Air bersih, makan bersih, dan udara bersih.

ada tempat tinggal untuk rehat bila letih

3 bilik, 1 bilik air, 1 dapur

Ada pinggan mangkuk, ada kipas, ada lampu

Akhir bulan, lambat bayar bil, apa ada hal

janji duit makan, duit minyak ada takda hal.

Jjiran tetangga riuh rendah bukan huru hara

tak perlu iri hati, rezeki sama rata

anak bini riang, sihat hati senang

rasa syukur cukup makan minum pagi petang

masa lapang, jumpa kengkawan & berketawa

hujung minggu, jalan jalan bersama keluarga

 

Noh Salleh :

Atap usang tempat ku berteduh

Kedinginan malam ku berlabuh

Yang pasti  kumasih rasa berada..

Dimakan usia kita rapuh

Berdiri tak selamanya utuh

Yang pasti kita semua berada

Kita semua berada x8

Aman RA:

Ada nama, tak tentu ada harta

Ada harta, belum tentu senang

Hancur badan bila dikandung tanah

Budi baik tetap akan dikenang

Latar belakang Aman RA, yang secara peribadinya, telah berjuang dengan penuh keazaman untuk mengatasi dan melalui cabaran yang sama dalam mencapai peningkatan dalam kehidupan dan kariernya, merupakan inspirasi untuk lagu ini.

Berada kini boleh didapati di semua platform digital dan video muzik rasmi boleh ditonton di saluran AmanRAVEVO di YouTube.

Untuk mendapatkan berita terkini AmanRA sila layari platform media sosial :

Instagram – www.instagram.com/amanracom/

Facebook – www.facebook.com/amanracom/

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *