(HIBURAN) “AMIR & LOQMAN PERGI KE LAUT” bakal temui penonton pada 25 September ini

image002cropsmall

Pelawak Shuib (Sepahtu) dan Syuk (Balas) bakal ditonjolkan sebagai teraju utama sebuah filem pada 25 September 2014 nanti. Filem bercorak komedi yang dilakonkan oleh mereka mendapat sentuhan sutradara hebat Mamat Khalid . Filem berjudul ‘Amir & Loqman Pergi Ke Laut’ (ALPKL) ini akan diedarkan oleh Astro Shaw dengan kerjasama Green Light Production.

image002

SINOPSIS – AMIR & LOQMAN PERGI KE LAUT

Amir & Loqman Pergi Ke Laut (ALPKL); Kini Mamat Khalid membawakan nuansa Komedi Samseng di dalam filem terbarunya. Mengisahkan sepasang sahabat baik Amir (Shuib) dan Loqman (Syuk) yang ingin keluar daripada sebuah kumpulan gengster dengan cuba merompak kedai-kedai kecil seperti kedai kredit kerana perlu membayar RM30, 000 seorang sebagai syarat untuk keluar daripada kumpulan berkenaan. Cubaan mereka selalu gagal dek sifat mereka yang lurus bendul malah tak pernah tahu cara untuk melakukan sebarang kegiatan jenayah.

Mereka yang pada awalnya menyangka akan popular, mudah mendapat teman wanita, memasuki kelab secara percuma dan pelbagai lagi kemewahan dan kemudahan apabila menyertai kumpulan gengster. Namun hari demi hari mereka mulai sedar yang semua ini adalah tidak benar. Sewaktu menganggotai kumpulan itu mereka diberikan kerja-kerja kecil yang langsung tidak memberi sebarang faedah kepada mereka; sehinggakan mengutip bola snuker yang terjatuh pun perlu dilakukan.

Demi meneruskan kehidupan, Amir dan Loqman masing-masing bercita-cita untuk membuka sebuah restoran di tepi laut sebaik sahaja mereka berjaya keluar daripada kumpulan gengster. Malah memasang niat untuk membawa bersama Mata Sedih (Kunie), kakak yang selama ini menjaga mereka sejak mereka memasuki kumpulan itu. Dalam masa yang sama, Loqman pula telah digoda oleh teman wanita Big Joe, ketua kumpulan gengster mereka iaitu Balqis (Zarina Anjoulie).

Pelbagai kejadian lucu berlaku di sepanjang misi terakhir mereka sehingga ada yang hampir membahayakan nyawa. Adakah mereka berjaya menyelesaikan misi untuk keluar dari kumpulan gengster? Apakah nasib yang menimpa Loqman apabila Big Joe mengetahui tentang Balqis dan dirinya? Apa yang berlaku dengan impian mereka untuk membuka restoran? Semuanya bakal terjawab di dalam “Amir & Loqman Pergi Ke Laut” di pawagam mulai 25 September 2014.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *