(HIBURAN) Anugerah Blokbuster 2

Spread the love

IMG_9013

Persatuan Penerbit Filem Malaysia (PFM) bakal menganjurkan Anugerah Blokbuster 2  dengan  kerjasama Astro Ria serta Radio ERA sebagai penyiar dan radio rasmi untuk anugerah berprestij ini. Majlis anugerah ini akan diadakan pada hari Sabtu , 15 Jun 2013, jam 9.00 malam bertempat di Stadium Tertutup MBJB, Johor Bharu. Anugerah ini sekali lagi menggunakan system pemilihan daripada penonton yang diberi kuasa penuh kepada peminat untuk menentukan pemenangnya.

IMG_8957

Terdapat 49 buat filem yang layak untuk dicalonkan dalam Anugerah Blokbuster 2  dan para penonton boleh mengundi filem-filem dan artis-artis kegemaran mereka melalui laman web www.anugerahblokbuster.com.my bermula 19 April 2013 hingga 15 Jun 2013. Antara filem-filem yang layak dipertandingkan termasuklah Chow Kit, Ngorat, Istanbul Aku Datang, Adnan Sempit 2, 29 Februari,Apa Celop Toqq, Mael Lambong, Untuk Tiga Hari, Jiwa Taiko, Kahwin Lima, dan Zaiton Ceritaku. Percalonan 5 teratas akan diumumkan pada malam anugerah tersebut dan trofi kemenangan akan disampaikan oleh barisan artis – artis popular antaranya Hanif ERA, Ray ERA, Rozita Che Wan, Wawa Zainal, Emma Maembong, Fazura, Shaheizy Sam dan ramai lagi.

IMG_9005

Tema penganjuran pada tahun ini adalah ‘Gaya Vintage Kontemporari atau HIPSTER’ dan bakal dihoskan oleh barisan pengacara hebat antaranya Dato AC Mizal, Scha Al Yahya, Hanis Zalikha , Hefny, Tasha Shila dan Hafizul manakala artis-artis yang bakal membuat persembahan adalah Adam, Stacy, Azlan And The Typewriter, Hazama, Kristal, Dayang Nurfaizah, Jaclyn Victor, Aizat, WARIS, DJ FUZZ, Juzz Thin, The Romans dan Shae. Para peminat boleh mengundi menerusi aplikasi telefon WeChat di bawah tajuk ‘Astro WeChat vote’ di mana undian sudah pun bermula Rabu (semalam)

anugerah blockbuster 2

SENARAI ANUGERAH

1. Anugerah Filem Terhebat

2. Anugerah Tuan Direktor Terhebat

3. Aungerah Direktor Baru Terhebat

4. Anugerah Filem Aksi Terhebat

5. Anugerah Filem Kelakar Terhebat

6. Anugerah Filem Takut Terhebat

7. Anugerah Drama Muzikal Terhebat

8. Anugerah Hero Terhebat

9. Anugerah Heroin Terhebat

10. Anugerah Watak Penjahat Terhebat

11. Anugerah Lagu Tema Terhebat

12. Anugerah Hero Baru Terhebat

13. Anugerah Heroin Baru Terhebat

14.  Anugerah PFM

15. Anugerah Astro First

16. Anugerah Gempak WeChat (akan diumumkan selepas majlis anugerah)

anugerah blockbuster 2 listSMALL


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *