(HIBURAN) Anugerah Lawak Warna

Spread the love

IMG_2580

Astro Warna merupakan saluran komedi pertama di Malaysia yang begitu sinonim dengan program-program komedi dan lawak jenaka. Sejak dilancarkan pada  1 Jun 2009, Astro Warna sentiasa komited dalam usaha memartabatkan yang terbaik daripada komedi Malaysia. Terbaru, buat julung kalinya Astro Warna hadir dengan inisitif penganjuran Anugerah Lawak Warna yang dijangka berlangsung dalam suasana penuh berprestij bertempat di Istana Budaya pada 16 Ogos nanti dan disiarkan secara langsung menerusi Astro Warna (saluran 132) dalam pakej Mustika.

 IMG_2573

Anugerah Lawak Warna merupakan sebuah majlis anugerah yang mengiktiraf dan menghargai usaha dan pencapaian cemerlang individu dan pihak produksi yang terlibat dalam bidang komedi sama ada di televisyen mahupun di layar perak. Istimewanya, majlis anugerah ini bakal menggabungkan elemen kualiti dan populariti dalam pemilihan pemenang. Menerusi 20 kategori yang dipertandingkan, sebanyak 16 kategori bakal diadili menerusi sistem penjurian profesional manakala empat kategori berdasarkan pilihan peminat menerusi undian SMS. Di samping itu, satu kategori anugerah khas juri bakal diberikan oleh jawatan kuasa penganjur kepada individu ataupun produksi yang telah memberikan sumbangan signifikan terhadap industri Televisyen & Filem Komedi..

Menurut Ketua Kumpulan Saluran Premium Astro; Encik Nizam Sani, Meletakkan matlamat utama untuk memartabatkan yang terbaik daripada komedi Malaysia, kami amat percaya majlis Anugerah Lawak Warna ini paling ditunggu-tunggu dan bakal mendapat sambutan hebat. Bukan sekadar sebuah majlis anugerah, acara ini dijangka akan mencetuskan sekali lagi fenomena di televisyen dengan memaparkan kelainan seperti pengisian acara, kategori yang dipertandingkan dan himpunan terbesar artis komedi yang ada di negara ini sama ada yang terbaru, mahupun para ‘otai’ yang kini sudah dianggap lagenda bidang lawak di Malaysia.

Mengambil inisiatif yang julung kalinya diadakan ini, pihak Astro Warna dengan berbesar hati mengalu-alukan semua stesen televisyen dan syarikat produksi filem yang layak untuk mencalonkan karya seni mereka untuk dinilai dan mendapat pengiktirafan yang sewajarnya. Kami merasakan sudah tiba masanya artis dan karya komedi mendapat pengiktirafan yang setara dengan bidang seni lain, bersesuaian dengan usaha dan pengorbanan mereka selama ini. Setiap penyertaan dijanjikan dengan ketelusan dalam penjurian yang akan dilakukan oleh barisan juri profesional yang dilantik.

Pada sidang media ini juga, Astro Warna turut memperkenalkan Dato’ AC Mizal sebagai pengacara siaran langsung Anugerah Lawak Warna.

Kami sebulat suara memilih Dato’ AC Mizal kerana merasakan beliau merupakan satu-satunya pengacara yang berupaya untuk mengemudi majlis anugerah yang hebat seperti ini. Pemilihan ini dilakukan berdasarkan prestasi cemerlang beliau dalam mengacarakan program-program komedi seperti Maharaja Lawak Mega dan Betul Ke Bohong. Kami percaya peranan beliau sebagai hos akan berjaya mengangkat Anugerah Lawak Warna yang julung kali diadakan ini ke tahap prestij yang diinginkan,” tambah Nizam.

*Sebarang perkembangan terkini berkenaan Anugerah Lawak Warna akan diumumkan pada sidang media yang akan datang. Teruskan menonton pelbagai program terbaik di Astro Warna (Saluran 132) dalam pakej Mustika.

5282013_kategorialw-a

BUTIRAN PROGRAM

TARIKH                                 :               16 Ogos 2013
LOKASI                                 :               Istana Budaya
TEMA                                       :               Warna
DURASI                                  :               2 ½ Jam
JUMLAH ANUGERAH      :               15 (Penyiaran) & 6 (Bukan Penyiaran)

LATAR BELAKANG

Penganjuran Anugerah Lawak Warna adalah bagi memberikan penghargaan, penghormatan dan ganjaran kepada individu dan produksi untuk pencapaian cemerlang dalam Televisyen & Filem Komedi. Sebahagian besar daripada pemenang Anugerah bakal dipilih oleh barisan juri profesional yang terlibat serta disegani dalam industri komedi dan hiburan di Malaysia.

SENARAI KATEGORI

Anugerah Terbaik oleh Juri Profesional

  1. Filem Komedi Terbaik
  2. Pelakon Komedi Lelaki Terbaik (Filem)
  3. Pelakon Komedi Wanita Terbaik (Filem)
  4. Pelakon Komedi Lelaki Terbaik (TV)
  5. Pelakon Komedi Wanita Terbaik (TV)
  6. Siri Animasi Komedi TV Terbaik
  7. Rancangan Komedi Hiburan Terbaik (Bersiri)
  8. Siri TV Komedi Terbaik
  9. Siri Komedi Kanak-Kanak TV Terbaik
  10. Rancangan Komedi Hiburan Terbaik (Bukan Bersiri)
  11. Lakon Layar Komedi Terbaik (Filem)
  12. Lakon Layar Komedi Terbaik (TV)
  13. Skrip Komedi TV Terbaik
  14. Skrip Komedi Filem Terbaik
  15. Pengarah Komedi Terbaik (TV)
  16. Pengarah Komedi Terbaik (Filem)

Anugerah Popular oleh undian SMS

  1. Pelawak Lelaki Paling Popular
  2. Pelawak Wanita Paling Popular
  3. Most Popular Original Viral Video Content
  4. Segment Komedi Radio Paling Popular

Anugerah Khas Juri oleh Jawatan Kuasa Penganjur

  1. Konsep/Idea Asal Komedi Terbaik

KELAYAKAN DAN PENCALONAN

Penyertaan Anugerah Lawak Warna2013 terbuka kepada program atau persembahan yang bersiaran di Malaysia, sama ada melalui televisyen terestrial, kabel, satelit, digital atau di pawagam dan ditayangkan di antara 1 Januari 2012 dan 31 Mac 2013.

Penyerahan pencalonan untuk kategori produksi atau persembahan boleh dilakukan melalui serahan tangan/pos  dengan mengisi templat kategori yang disediakan olehh penganjur Anugerah Lawak Warna.

Syarikat produksi, Penerbit dan Pengarah persendirian layak menghantar pencalonan untuk mengambil bahagian dalam Anugerah Lawak Warna, dan mereka dinasihatkan agar memaklumkan kepada penyiar masing-masing untuk mengelakkan penghantaran dua pencalonan yang sama.

 

TEMPOH PENCALONAN:

1 – 15 Jun 2013

 

PENJURIAN PERINGKAT PERTAMA: 17 Jun – 21 Jun 2013

Setiap penyertaan diteliti bagi memastikan ia menepati definisi kategori pencalonannya. Semua pencalonan dinilai dan disenarai pendek ke hanya 5 calon setiap kategori.

PENJURIAN AKHIR: 1 Julai – 21 Julai 2013

Setiap ahli panel juri akan diberi salinan DVD dan borang penjurian setiap kategori. Juri akan menghakimi calon secara peribadi. Walau bagaimanapun, borang penjurian akhir perlu diserahkan kepada juruaudit oleh penganjur Anugerah Lawak Warna sebelum 21 Julai 2013.

UNDIAN UNTUK ANUGERAH POPULARITI: 17 Julai – 16 Ogos 2013

 


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *