(HIBURAN) Anugerah Skrin 2019 (ASK 2019) – Di Sisi & One Two Jaga diangkat karya terbaik!

Petaling Jaya, 9 November 2019 – Masih belum reda kehangatan Anugerah Skrin 2019 (ASK 2019) yang menyaksikan kemenangan besar drama “Di Sisi’ dan filem ‘One Two Jaga’ diangkat sebagai karya terbaik. Terima kasih kepada 4.8 juta penonton dan 700,000 tontonan digital yang mengikuti siaran langsung ASK 2019 dari Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) Kuala Lumpur pada 1 November lalu di TV3 dan juga laman sesawang www.tonton.com.my . (Sumber: Nielsen Audience Measurement, Youtube, Dailymotion & Media Prima Digital).

KUALA LUMPUR 01 NOVEMBER 2019. Pemenang Drama Terbaik menerusi Drama Di Sisi pada malam Anugerah Skrin 2019 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC). NSTP/NURUL SYAZANA ROSE RAZMAN

ASK 2019 mempertaruhkan 30 kategori yang merangkumi 14 kategori drama, 7 kategori filem, 9 kategori bukan drama dan teknikal. ASK 2019  meraikan kemenangan besar drama Di Sisi yang menggondol 5 anugerah iaitu Drama Terbaik (Unit Drama TV, Radio Televisyen Malaysia), Pengarah Terbaik Drama (Wan Afzam Wan Daud), Lakon TV Terbaik (Amin Masyur), Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Drama (Ruzaidi Rahman) dan Penyunting Drama Terbaik (Izar Masuri). Bagi kategori filem, One Two Jaga berjaya meraih 4 anugerah iaitu Filem Terbaik (Pixel Play Entertainment), Lakon Layar Terbaik (Pitt Hanif, Namron & Mohd Syafiq), Pelakon Lelaki Terbaik Filem (Dr. Rosdeen Suboh) dan Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Filem (Zahiril Adzim).

Menurut Encik Johan Ishak, Ketua Pegawai Eksekutif, Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad, “Bagi pihak penganjur, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakan-rakan penyiar, para penggiat seni dan rakan penaja yang mengambil bahagian dalam ASK 2019. Anugerah Skrin menyediakan platform kepada syarikat penerbitan menerusi stesen televisyen bagi memperlihatkan hasil dan produk mereka. Tahniah kepada para pemenang ASK 2019! Kami berharap agar kemenangan ini menggalakkan para penggiat seni untuk berusaha dan terus berkarya agar hasil kerja mereka dihargai dan mendapat pengiktirafan.”

Anugerah Skrin, anugerah berprestij anjuran TV3 bertujuan mengangkat karya terbaik dalam terbitan TV dan filem. Masih kekal dengan objektif penganjurannya sejak tahun 1994, ASK 2019 meneruskan usaha untuk memartabatkan industri seni dengan memberi pengiktirafan kepada para karyawan dan penggiat seni tanah air. Selain TV3, ntv7, TV9 dan 8TV yang bernaung di bawah rangkaian televisyen Media Prima Berhad, TV3 selaku penganjur turut mengundang dan membuka ruang kepada rakan penyiar lain seperti RTM dan BERNAMA untuk menyertai ASK 2019 ini.

KUALA LUMPUR 01 NOVEMBER 2019. Pemenang Drama Rantaian Terbaik (Kategori Bahasa Melayu), Kamar Kamariah (Suhan Movie & Trading Sdn Bhd) pada malam Anugerah Skrin 2019 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC). NSTP/NURUL SYAZANA ROSE RAZMAN

Anugerah Skrin 2019 diserikan dengan Nivea sebagai penaja bersama, mekarkan keyakinan dengan wangian floral bersama Mandian Creme Oil Pearls dan Deodoran Nivea Hokkaido Rose. Turut disokong oleh Hot FM & Kool FM sebagai radio rasmi, manakala tonton, xtra, Oh Bulan! dan Drama Sangat sebagai rakan digital.

ASK 2019 menampilkan 6 pasangan selebriti popular dan sensasi sebagai penyampai anugerah untuk mengacarakan majlis anugerah iaitu Zizan Razak & Nabila Huda, Rozita Che Wan & Zain Saidin, Siti Sarah & Shuib, Shaheizy Sam & Syatila Melvin, Eira Syazira & Azad Jasmin, dan Elly Mazlein & Shuk Sahar.

Malam anugerah dimeriahkan dengan persembahan nyanyian mantap oleh pasangan duo iaitu Dato’ Jamal Abdillah & Sissy Imann, Syamel & Ernie Zakri, Hael Husaini & Dayang Nurfaizah, Ayda Jebat & Santesh, pertunjukan silap mata yang memukau oleh The MADgicians, tarian yang energetik oleh 2Twenty2 Squad, sketsa komedi oleh Ebby Yus, Issey & Zizi Kirana, persembahan hebat daripada Andi Bernadee  & Psycusix dan juga 10 protege Mentor Milenia 2019.

Berikut ialah keputusan penuh Anugerah Skrin 2019:

Kategori Drama (14)

Drama Terbaik: Di Sisi (Unit Drama TV, Radio Televisyen Malaysia)

Pengarah Terbaik Drama: Wan Afzam Wan Daud (Di Sisi)

Lakon TV Terbaik: Amin Masyur (Di Sisi)

Penyunting Drama Terbaik: Izar Masuri (Di Sisi)

Pelakon Lelaki Terbaik Drama: Faizal Hussein (Samad Tedung)

Pelakon Wanita Terbaik Drama: Nabila Huda (Dia Tidak Berdosa)

Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Drama: Ruzaidi Rahman (Di Sisi)

Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Drama: Amyza Aznan (Batik Zakiah)

Drama Rantaian Terbaik (Kategori Bahasa Melayu): Kamar Kamariah (Suhan Movies & Trading Sdn. Bhd.)

Drama Rantaian Terbaik (Kategori Bahasa Cina): Sweet Delicacy (The Rock Productions Sdn. Bhd.)

Pelakon Lelaki Terbaik Drama Rantaian: Dato’ Fizz Fairuz (Kamar Kamariah)

Pelakon Wanita Terbaik Drama Rantaian: Zara Zya (Pia)

Drama Komedi Terbaik: Budak Usin (Radius One Sdn. Bhd)

Videografi Drama Terbaik: Junaimeramfizal Rahmat (Telingkah)

Kategori Bukan Drama & Teknikal (9)

Rancangan Majalah Terbaik: Sahabat Backpackers

Rancangan Realiti Terbaik: The Z Power

Rancangan Dokumentari Terbaik: Majalah 3 (Pertabalan Yang-Dipertuan Agong Ke-XVl)

Rancangan Bual Bicara Terbaik: Feel Good Show (Istimewa Deepavali)

Laporan Khas Berita Terbaik: Buletin Utama (Aduan Rakyat: Kampung Sampah)

Rancangan Hiburan Terbaik: Konsert Minggu Ini (Ratu 2.0)

Rancangan Anugerah Terbaik: Anugerah Juara Lagu 33

Rekabentuk Set Terbaik: Anugerah Skrin 2018

Montaj Terbaik: Halaqah 2019

Kategori Filem (7)

Filem Terbaik: One Two Jaga (Pixel Play Entertainment)

Lakon Layar Terbaik: Pitt Hanif, Namron & Mohd Syafiq (One Two Jaga)

Pengarah Terbaik Filem: Mamat Khalid (Hantu Kak Limah)

Pelakon Lelaki Terbaik Filem: Dr. Rosdeen Suboh (One Two Jaga)

Pelakon Wanita Terbaik Filem: Diana Danielle (Gol & Gincu Vol. 2)

Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Filem: Zahiril Adzim (One Two Jaga)

Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Filem: Siti Saleha (7ujuh)

 

Karpet Merah ASK 2019 telah dikemudikan oleh Sean LJE dan Nina Nadira bersiaran secara langsung menerusi TV9 dari pukul 8.30 malam hingga 9.00 malam dan laman sesawang www.tonton.com.my pada malam anugerah.

Kru penerbitan ASK 2019 diketuai oleh Tengku Shahilawati selaku penerbit eksekutif dan Shahrizan Razali sebagai penerbit.  Perbualan ASK 2019 di laman sosial dirancakkan dengan hashtag #ask2019!. Ikuti berita lanjut dan kisah di sebalik tabir tentang ASK 2019 di www.xtra.com.my

 

  • Tamat –

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *