(HIBURAN) ASK2017 MEMARTABATKAN PENCIPTA FENOMENA SENI TANAH AIR

Kuala Lumpur, 17 Oktober 2017 – Majlis anugerah berprestij, Anugerah Skrin yang memartabatkan hasil seni televisyen dan layar perak tanah air akan kembali pada 3 November 2017. Membawakan tema “Mencipta Fenomena”, Anugerah Skrin 2017 menyeru seluruh warganegara untuk mengiktiraf sejarah, meraikan masa kini, dan bersedia untuk masa hadapan.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif, Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad, Encik Johan Ishak “Tahun ini ASK2017 mengetengahkan ‘Mencipta Fenomena’ sebagai temanya sebagai satu usaha untuk memartabatkan setiap pengorbanan yang dilakukan oleh semua penggiat seni tanah air tidak kira di hadapan atau di belakang tabir. Ini merupakan siri yang ke-21, dan sehingga tahun ini, Anugerah Skrin masih relevan dan memainkan peranan sebagai pemangkin industri penyiaran supaya para karyawan seni tanah air terus mencipta fenomena. Oleh itu, kami memperkenalkan beberapa pembaharuan pada ASK tahun ini, antaranya adalah Majlis Prelude ASK 2017. Di samping itu, kami berterima kasih kepada RTM, HyppTV, dan BERNAMA kerana sekali lagi menyokong ASK dengan menghantar pencalonan. Kami turut menghargai penyertaan penaja utama, Olay, penaja bersama Oppo dan rakan penaja McCafé dalam menjayakan program berprestij ini. Oleh itu, kami berharap fenomena terus dicipta bagi mewarnai industri penyiaran.

Pengurus Besar P&G Malaysia, Puan May Teoh berkata  ”Anugerah Skrin anjuran TV3 adalah acara berprestij yang mengiktiraf bakat-bakat seni tempatan yang mewarnai industri perfileman dan televisyen Malaysia. Keyakinan dan keunggulan yang ditampilkan oleh mereka dicerminkan dalam jenama-jenama P&G seperti Olay, Pantene, Oral-B, Gillette dan Head & Shoulders. Dengan itu, kami menyokong sepenuhnya acara anjuran ini dan amat berbangga untuk bekerjasa dengan TV3 pada Anugerah Skrin 2017”.

Selain saluran-saluran Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad (TV3, ntv7, 8TV, dan TV9), Anugerah Skrin 2017 (ASK2017) tahun ini turut menerima penyertaan daripada HyppTV, RTM, dan BERNAMA. Pemilihan pencalonan-pencalonan ASK2017 adalah berdasarkan produksi-produksi yang telah ke udara dalam tempoh 1 Julai 2016 hingga 30 Jun 2017.

Anugerah Skrin 2017 (ASK 2017) akan bersiaran langsung di Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur (PWTC) secara tiga bahagian. Bahagian pertama merupakan Majlis Prelude ASK2017 yang julung kalinya disiarkan secara langsung di kaca televisyen pada pukul 5 petang. Bahagian keduanya merupakan Acara Karpet Merah yang akan ke udara secara dua peringkat iaitu secara strim langsung di portal video tonton pada pukul 8 malam dan siaran langsung di Pop TV, TV9 pada pukul 8.30 malam. Malam kemuncak ASK2017 merupakan bahagian terakhir yang akan ke udara secara langsung pada pukul 9 malam di TV3.

Majlis Prelude ASK2017 ini akan dihoskan oleh Haiza Kool FM dan Issey Fazlisham (Titan) di ruang karpet merah ASK2017 untuk menyampaikan 13 anugerah. Selain itu, penonton juga akan dihiburkan dengan persembahan hebat daripada Haiza & Aepul, Aiman Tino, dan Tajul & Wany Hasrita.

Acara Karpet Merah ASK2017 akan bermula sekitar pukul 7.45 malam di ruang legar hadapan Dewan Merdeka, PWTC. Barisan artis yang terdiri daripada penghibur ASK2017, penyampai anugerah ASK2017, dan calon-calon ASK2017 akan berjalan sambil memperagakan busana glamor mereka sehingga masuk ke dalam Dewan Merdeka. Para pengikut setia ASK2017 berpeluang untuk saksikan Acara Karpet Merah ASK2017 ini secara langsung di portal video tonton pada pukul 8 malam dan Pop TV (TV9) pada pukul 8.30 malam.

Tepat pada pukul 9 malam, 3 November 2017 itu pula, ASK2017 akan mula bersiaran langsung bersama tiga pengacara bertenaga, Jihan Muse, Fahrin Ahmad, dan Shuk. Ketiga-tiga pengacara ini akan turut bergandingan bersama 15 penyampai anugerah iaitu Anim Ezzati, Aiman Tino, Aaisyah, Farah Nabila, Fattah Amin, Nabila Huda, Neelofa, Raja Ilya, Rozita Che Wan, Saiful Apek, Sara Adiba, Shukri Yahya, Wany Hasrita, Zizan Razak, dan Zul Ariffin sepanjang majlis anugerah itu berlangsung.

Menghiburkan para penonton malam itu adalah barisan artis hebat iaitu, Akim & The Majistret, Haqiem Rusli, Issey, Abam & Mark Adam, Stacy, Salam Musik, Nora Ariffin, Ayda Jebat, Hael Husaini, Zizan Razak & Azira Shafinaz, dan Black & Jaclyn Victor.

Pengundian atas talian bagi pencalonan Drama Rantaian Popular Media Sosial telah dibuka bermula 15 September yang lalu hingga 20 Oktober di mana para peminat Drama Rantaian Popular Media Sosial, Andainya Takdir, Pembancuh Kopi Mr. Vampire dan Pergilah Air Mata boleh mengundi drama pilihan mereka di laman sesawang rasmi ASK 2017 (www.anugerahskrin.com) dengan had undian sebanyak dua undian sehari.

Untuk pertama kalinya, Olay akan menjadi Penaja Utama Anugerah Skrin 2017. Baru- baru ini Olay telah mengubah formula dan pembungkusan koleksi anti-penuaan – Regenerist, White Radiance dan Total Effects – dalam jenama terbesarnya. Produk generasi baru Olay adalah kuasa penuh dengan bahan-bahan yang terbukti secara saintifik yang boleh membantu mengesan kulit secara visual dalam masa 28 hari.  Dengan ini, P&G menjemput wanita untuk mencuba Olay 28 Day Challenge / Cabaran Olay 28 hari untuk membuka rahsia kecantikan awet muda.

Oppo, jenama telefon kamera pintar popular di Malaysia, turut berkolaborasi dengan Anugerah Skrin selaku penaja bersama. Sempena pelancaran produk baru Oppo F5, Oppo Malaysia akan mencipta rekaan eksklusif edisi ASK2017. Untuk memenangi model rekaan eksklusif ini, orang ramai boleh menyertai aktiviti di laman sesawang Oppo.

Sebagai rakan penaja, McCafé, McDonald’s bakal menerbitkan sebuah drama bersiri lima episod di TV3 yang bakal diumumkan pada malam kemuncak Anugerah Skrin 2017 kelak.

Di samping itu, Anugerah Skrin 2017 turut mendapat sokongan rakan-rakan media online iaitu OhBulan! dan Harian Metro Online yang akan memberikan sokongan terhadap sepanjang fenomena ASK ini.

Ikuti fenomena Anugerah Skrin 2017 pada 3 November, pukul 5 petang untuk siaran langsung Majlis Prelude ASK2017 di TV3, Acara Karpet Merah ASK2017 di tonton dan PopTV pada pukul 8 malam, dan Anugerah Skrin 2017 pada pukul 9 malam di TV3. Hidupkan juga perbualan di media sosial dengan tanda pagar #ask2017. Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman web www.tv3.com.my dan ikuti juga laman sosial Facebook, Twitter, Instagram dan youtube TV3 iaitu @TV3Malaysia.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *