(HIBURAN) Ayda Jebat Kembali dengan single hangat berjudul ‘Temberang’

Ayda Jebat bekerjasama dengan Hael Husaini dan Ezra Kong mencipta sebuah lagu berentak pop moden dengan sentuhan dangdut ditambah dengan rentak muzik timur tengah. Idea menyatukan semua elemen muzik ini adalah untuk mengetengahkan muzik asli melayu tetapi diserikan dengan sentuhan muzik pop antarabangsa.
Pada zaman kini, kita sering berdepan dengan orang yang suka tikam dari belakang, tidak berkata benar, senang kata orang yang suka ‘Temberang’. Melalui lagu ini, Ayda mengetengahkan nilai kejujuran dan ketelusan dalam kehidupan.

Muzik video Temberang diserikan dengan kekuatan warna, tarian dan idea moden dari Kpop seiring dengan muzik video Ayda yang sebelum ini. Muzik video Temberang dibawakan khas dengan kolaborasi bersama Hotlink, Mudah dan Gintell.

Offical Music Video Temberang akan dimuatnaik ke YouTube channel Ayda Jebat pada 21 Disember dan seterusnya akan berada di semua platform digital muzik pada 28 Disember.

Lagu Temberang ini adalah sebuah produk XENO Entertaiment yang juga sebelum ini dikenali sebagai Paranormal Records dan diedarkan oleh Sony Music Malaysia.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *