(HIBURAN) Ayu juara pertandingan nyanyian karaoke SMULE Lepak Buddies Community

dav

SHAH ALAM 20 April – Nur Idayu Azizi Aziz telah dinobatkan sebagai juara dalam pertandingan nyanyian karaoke SMULE Lepak Buddies Community bertempat di Plaza Alam Sentral, Shah Alam , Selangor, pada 20 April lalu.

dav

Kemenangan itu membolehkan Nur Idayu atau lebih dikenali sebagai Ayu membawa pulang hadiah wang tunai RM1,000 bersama trofi iringan sumbangan

Naib juara pula diraih oleh Mohd Azreen naimi Mohd Zain (Naimi Zain), sekali gus membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM 800 dan piala iringan.

Manakala tempat ketiga pulam disandang oleh Raihan bin Rahmat yang membawa pulang hadiah wang tunai RM 500 dan piala.

dav

Pertandingan peringkat akhir itu menyaksikan 9 orang peserta merebut gelaran juara untuk edisi kali pertama ini. Pertandingan ini bertujuan mencungkil dan melahirkan bakat-bakat baharu dalam bidang seni suara selain mewujudkan program interaktif untuk komuniti Facebook dan SMULE selain mengeratkan hubungan di antara ahli-ahli  Lepak Buddies Community.

Format pertandingan edisi ini adalah setiap peserta perlu menyanyikan 2 buah lagu iaitu satu lagu wajib pilihan juri iaitu lagu Prince Affa berjudul Lafazkan Cinta, yang merupakan hasil ciptaan sepenuhnya komposer yang juga pemain saksofon terkenal, Jaafar Idris atau Jari untuk peserta lelaki manakala lagu Janji Seorang Kekasih (Adilla Idris) untuk peserta wanita disamping satu lagu pilihan sendiri.

Pertandingan ini diadili oleh juri pertandingan iaitu Jaafar Idris atau Jari , Mac Rahayu dan Haslinda dan merupakan anjuran bersama Adilla Fitness Studio dan Entradtv.com di acarakan oleh Raja Azura dan Aidil Abdul Ghaffar.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *