(HIBURAN) Bakat Rocketfuel Entertainment berkembang ke arena antarabangsa

Syarikat   pengurusan   bakat   Astro,  Rocketfuel Entertainment terus mengorak langkah dalam meluaskan agensi pemasaran bakat, syarikat rakaman  serta  kandungan  digital  mereka  ke  pasaran  baru.  Syarikat  hiburan  tersebut  yakin dengan  perkembangan  ini  untuk  meneroka  alam  baru.  “Bakat-bakat  serta  rancangan- rancangan kami telah membuktikan kehebatannya di rantau Asia Pasifik. Dunia dilihat sudah semakin  kecil  dengan  adanya  internet  hingga  membuatkan  hiburan  digital  menjadi    tiada batasan,” jelas Murali ‘Moots’ Marimuthu, Admiral di Rocketfuel.

Rocketfuel, syarikat rakaman independen nombor satu di Malaysia, menguatkan lagi barisan bintang mereka dengan menandatangani Ash Stymest. Berpengkalan di Los Angeles, bintang kelahiran UK ini sudah terbabit dalam pelbagai projek sebagai model, pelakon dan kini sedang berjinak-jinak  dengan  dunia  muzik.  Ash  baru  sahaja  menandatangani  perjanjian  global bersama  Interscope  Records  North  America  (Eminem,  Blackpink,  Selena  Gomez)  dan Universal International dengan EP pertama yang bakal dilancarkan dalam bulan-bulan yang mendatang.

Di  Malaysia,  Rocketfuel  berbangga  untuk  mengumumkan  bahawa  bakat  muzik  mereka berjaya  mencatatkan  rekod  sebanyak    20  Platinum,  satu  daripada  label  paling  berjaya  di Malaysia yang mampu mencapai tahap sedemikian kurang daripada dua tahun. *(Status Platinum diberikan kepada lagu dengan jumlah jualan sebanyak 200,000 unit ke atas) Chaleeda  Gilbert,  bintang  antarabangsa  Rocketfuel  pertama  sedang  menikmati  kejayaan hebat  dalam  kerjaya  muzik  serta  lakonannya  “Kami  bangga  untuk  mengumumkan  bahawa Chaleeda telah dipilih untuk membintangi sebuah siri Netflix Original berjudul The Stranded, arahan  Jim-Sophon  Sakdaphisit  (The  Promise,  Shutter),  dan  diterbitkan  oleh  calon  Oscar Gary Levinhson (12 Monkeys, Saving Private Ryan),” tambah Murali.

Mengenai  jaringan  kandungan  Rocketfuel,16  Baris  bakal  berkembang  dari  Malaysia  ke Thailand. 16 Baris* Thailand atau Sip Hok Bar akan dihoskan oleh bintang hebat dari Thailand Daboyway dan DJAY Buddah dari Thaitanium akan menampilkan 45 penyanyi rap terunggul Thailand

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *