(HIBURAN) BAKO ABIDIN BAKAL MEMBUAT PERSEMBAHAN DEBUT SEBAGAI PENUTUP TAHUN 2019

Spread the love

Kuartet alternative rock Johor Bahru, Biko Abidin bakal membuat persembahan sebagai headliner buat pertama kalinya untuk “Biko Abidin: The First Headline Show”, yang bakal diadakan di The Rockin’ Jamz Hall, Masai, Johor. Acara bakal diadakan pada 28 Disember 2019, bermula pada pukul 4 petang hingga lewat malam.

Peluang menjadi headliner adalah impian buat semua band, begitu juga dengan Biko Abidin yang mana baru sahaja bergiat sejak setahun yang lalu. Berbekalkan material yang ditulis sendiri, mereka berharap agar dapat memberikan yang terbaik pada hari persembahan.

Acara tersebut bakal dibarisi oleh band-band underground tempatan dari pelbagai genre, seperti Transitions, The Lawra, Kalopsia, Kabus, dan Eleven Tonight, serta penampilan istimewa dari Iqbal (Iqbal M.) bagi memeriahkan lagi acara.

Selain daripada itu, mereka juga berharap agar acara ini dapat menarik minat pendengar dari pelbagai genre, dan hadir untuk memeriahkan acara tersebut. Lebih menarik lagi, tiket kemasukan berharga RM20 sahaja. Tiket boleh didapati dipintu masuk venue pada hari berlangsungnya acara.

Buat semua pengikut muzik underground tempatan yang ingin merasakan pengalaman bunyian baru, mari beramai-ramai menyaksikan persembahan yang bakal ditonjolkan oleh Biko Abidin dan rakan-rakan. Jumpa disana!


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *