(HIBURAN) BANGLO NO.99 Bakal Menemui Penonton Pada 12 Disember 2019

Banglo No 99 merupakan karya pertama sutradara arahan Khir Mohd Noor di layar perak setelah sekian lama berkecimpung di dalam industri hiburan tanah air. Berdasarkan kisah “The Myths Of 99 Mansion”, filem  ini di bintangi oleh Datuk Yusoff Haslam, Johan Ashaari, Harun Hashim, Hafeez Mikail, Bkay Nair, Camelia Natasya kmn dan Buyung Zasdar.Di bantu oleh Allahyarham Meor Ahmat Zaudi ,Dato’ TS Jefry, Annie Arifin, Khalish Darwish kmn, Link Chong Wah, David Pang, Dewi Sapri, Mohd Zunaidee Mohd Zarmizi, Khairul Rafique Bakri, Midiey, Afique Bakri, Band BKTD dan Penari Badan kesenian Tentera Darat. Ia juga melibatkan hampir keseluruhan 150 pelakon termasuk pelakon tambahan bagi menjayakan filem ini.

Berkerjasama dengan Xtreme 5 yang dimiliki oleh Dato Roshan Dass, filem yang megambil masa 35 hari untuk disiapkan pengambarannya ini telah melalui proses suntingan di Chennai, India. Mengambil masa hampir 7 bulan untuk proses penyiapan Computer-generated Imagery (CGI ) oleh editor di Chennai ia bakal ditayangkan pada 12 Disember 2019 ke seluruh pawagam di Malaysia dan serentak di  Singapura serta Brunei.

Filem yang menelan belanja RM2.3 juta ini, berhadapan dengan risiko pemotongan hampir 21 babak pada awalnya, namun begitu penjelasan dan maklumbalas pihak pengarah dan penerbit filem ini iaitu Dato Roshan Dass kepada pihak Lembaga Penapisan Filem (LPF) akhirnya membuahkan hasil di mana hanya 1 sahaja babak yang dipotong dan ia memudahkan pihak Xtreme 5 untuk mengedarkan ia ke luar negara. Filem ini akan dimasukkan sarikata bahasa asing untuk pengedaran di Korea, Hong Kong dan Filipina hasil kerjasama yang terjalin di antara pemain industri Malaysia dan negara Asia lain bertitik tolak dari Festival Filem Antarabangsa Busan tempoh hari.

SINOPSIS BANGLO NO. 99

Banglo No. 99 adalah adaptasi dari 99 Mansion di Nibong Tebal dan dalam kisah filem ini ianya adalah kediaman milik Tengku Izzudin Shah semasa hayatnya.Satu ketika dahulu, dia tinggal bersama-sama beberapa ahli keluarga termasuk isterinya, Syarifah dan anaknya Tengku Halim.Malangnya, kesemua ahli keluarga beliau meninggal dunia tanpa diketahui punca kematian mereka.Dr. Amar adalah doktor peribadi Tengku Izzudin Shah serta dengan Jururawat Linda. Sebelum meninggal, Tengku Izzudin Shah telah mewasiatkan supaya Banglo No. 99 dijadikan sebagai sebuah hospital untuk merawat orang-orang kampung yang sakit.

Selepas 30 Tahun Banglo No. 99 ditinggalkan ianya menjadi usang serta tidak berpenghuni hendak dibaik pulih oleh Hisyam, seorang kontraktor dan jurutera awam. Hisyam telah menawarkan kerja-kerja baik pulih kepada firma Putera Shah.Tawaran Hisyam diterima dan Putera Shah mengarahkan dua orang rakan sekerjanya iaitu Rafael dan Camelia untuk turut sama membantunya. Lawatan tapak telah dilakukan ke Banglo No. 99 dimana Hisyam, Putera Shah, Rafael dan Camelia telah bermalam didalam khemah ditepi tasik berdekatan dengan banglo tersebut.Beberapa kejadian anih yang menyeramkan telah berlaku ketika Putera Shah, Rafael dan Camelia masuk kedalam Banglo No. 99.Apa yang terjadi atau kisah sebenarnya di Banglo No 99 adalah perjalanan filem ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *