(HIBURAN) BARISAN SELEBRITI TERKENAL REBUT GELARAN LAWAK SUPERSTAR!

Spread the love

Barisan peserta dan komedian bersama hos Liga Lawak Superstar, Afdlin Shaukigmo

Dunia komedi tanah air mengorak selangkah lagi ke hadapan apabila Liga Lawak Superstar diperkenalkan. Rancangan yang menggabungkan pelakon-pelakon dan komedian terkenal ini akan mula menemui penonton bermula 6 Oktober 2013 setiap hari Ahad jam 9 malam. Kumpulan manakah yang bakal membawa pulang ganjaran RM 250,000?

liga lawaksmall

Sepanjang 10 episod, pertandingan Liga Lawak Superstar akan dihoskan oleh pengacara Afdlin Shauki dan Adibah Noor dan menyaksikan persaingan sengit di kalangan pelakon-pelakon dari drama terbaru TV3. Tambah hebat, setiap pelakon yang bertanding mempunyai portfolio seni yang mengagumkan dalam dunia hiburan tanah air.

Liga Lawak Superstar membawa kelainan apabila melibatkan 8 kumpulan berbeza yang akan bertarung sesama sendiri dalam permainan-permainan yang menguji kemahiran improvisasi melalui tugasan-tugasan yang diberi.

Setiap kumpulan diberi seorang komedian untuk memberi panduan, tunjuk ajar serta strategi kepada ahli pasukan masing-masing untuk berjaya. Peserta-peserta Liga Lawak Superstar musim ini adalah terdiri daripada kumpulan Asmara Luna (Riezman Khuzaimi dan Aidil Aziz), Aku (Idzham Ismail dan Hairi Safqan), Aku Diandra (Sheera Iskandar dan Qazeem Nor), Ayoub Lasak (Iqram Dinzly dan Mikael Andre), Apa Kasih Toq (Kamal Adli dan Fizz Fairuz), Derhaka Seorang Cinderella (Amyza Aznan dan Aman Nassim), Spy Kampung (Zalif Sidek dan Syafiq Kyle) dan OMG (Anas Ridzuan dan Akim Ahmad). Manakala, 8 komedian pula menampilkan Ropie, Sathiya, Bell Ngasri, Ilya, Hamdan, Farouk Hussain, Didie Alias dan Aziz M.Osman.

Bertemakan konsep sarkas, 8 kumpulan ini akan di bahagikan kepada pasukan A dan pasukan B. Setiap minggu dua kumpulan dari setiap pasukan akan bersaing dengan menyempurnakan tugasan dan permainan bagi merebut 3 mata dengan memenangi persaingan pada minggu itu. Setelah kesemua kumpulan melengkapkan persaingan di peringkat pasukan, dua kumpulan yang berjaya mengumpul mata terbanyak dalam pasukan masing-masing layak ke peringkat separuh akhir dan seterusnya berentap untuk mendapatkan dua tempat ke peringkat akhir Liga Lawak Superstar.

Persembahan setiap kumpulan akan diadili dengan gabungan sistem pemarkahan juri professional seperti Ida Nerina, Vanidah Imran serta Adlin Aman Ramlie dan undian penonton. Kumpulan yang mendapat markah paling rendah akan disingkirkan.

Sebelum ke cabaran sebenar di Liga Lawak Superstar, kesemua pelakon yang dijemput menyertainya perlu melalui sesi latihan Liga Lawak Superstar 101 pada 23 dan 24 September 2013 bagi mengasah bakat dan menguji tahap kreativiti mereka selain melakukan pemilihan kumpulan pada Liga Lawak Superstar 101. Barisan pelakon akan diberi pendedahan dan latihan tentang tugasan yang bakal mereka hadapi di saingan Liga Lawak Superstar nanti.

Menurut Encik Ahmad Izham Omar, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Rangkaian Televisyen, Media Prima Berhad, “Fenomena sketsa komedi kini sudah mula berkembang dan mendapat tempat di hati para penonton dan peminat. Ini memberi peluang kepada pihak TV3 untuk terus memandang kehadapan dan memartabatkan komedian ke peringkat lebih tinggi. Saya mewakili pihak TV3 sangat berbesar hati untuk menjayakan program realiti Liga Lawak Superstar. Saya juga sangat gembira dengan kesudian para pelakon dan komedian untuk sama-sama menyahut cabaran menyertai Liga Lawak Superstar kali ini. Sudah pasti mereka adalah antara yang terbaik pernah dihimpunkan dan ini memberikan peluang kepada mereka menyampaikan sketsa atau adegan lawak yang mempunyai isi kandungan yang menarik dan segar kepada penonton. Selain itu, penonton boleh berhibur dan melihat sendiri suasana yang meriah dan harmoni apabila pelakon dan komedian dari pelbagai era bersatu di atas satu pentas yang sama. Semestinya ia memartabatkan lagi bidang sketsa komedi ke peringkat yang lebih tinggi,” Encik Ahmad Izham Omar lagi.

“Sementara itu, Liga Lawak Superstar merupakan platform terbaik buat pelakon-pelakon drama yang menyertai program ini kerana ia adalah peluang untuk membuktikan bakat kreativiti mereka bukan hanya terikat dengan watak mengikut skrip sahaja malah mampu menghiburkan para peminat dan penonton secara langsung di kaca televisyen,” ujar Ahmad Izham Omar.

Peserta paling menyerlah yang berjaya memikat hati juri dan para penonton bakal dinobatkan sebagai juara Liga Lawak Superstar sekaligus membawa pulang wang tunai sebanyak RM 250,000. Sementara itu naib juara akan membawa pulang RM 75,000 manakala tempat ketiga RM 50,000 dan tempat keempat RM 25,000. Bagi sistem pemarkahan pula akan dibahagikan kepada 3 bahagian iaitu 50% daripada juri profesional, 30% melalui undian SMS dan 20% daripada penonton di studio.

Kumpulan manakah yang bakal membuat penonton ketawa terbahak-bahak? Kumpulan mana pula yang bakal ditewaskan? Oleh itu, siap sedia dengan gelagat serta aksi komedi yang pecah perut menerusi Liga Lawak Superstar yang bakal disiarkan pada hari Ahad, 6 Oktober 2013 jam 9.00 malam di TV3!

Untuk mendapatkan maklumat dan perkembangan terkini tentang Liga Lawak Superstar, penonton boleh melayari laman sesawang TV3 di www.tv3.com.my serta laman sosial Facebook, Instagram & Twitter TV3Malaysia. Selain itu, penonton yang terlepas menyaksikan program ini boleh menontonnya melalui laman sesawang Tonton di www.tonton.com.my dan ikuti info terbaru di radio rasmi Liga Lawak Superstar iaitu Hot FM. Pengguna laman sosial Twitter boleh menggunakan ‘hash tag’ #ligalawak untuk menghangatkan lagi bahang Liga Lawak Superstar.

 

 

Berikut adalah senarai kumpulan Liga Lawak Superstar:

 

Kumpulan A

Kumpulan B

Derhaka Seorang Cinderella 

Komedian: Hamdan

Peserta: Amyza Aznan & Aman Nassim

Asmara Luna

Komedian: Ropie

Peserta: Riezman Khuzaimi & Aidil Aziz

Aku

Komedian : Bell Ngasri

Peserta : Idzham Ismail & Hairi Safqan

Aku Diandra

Komedian: Ilya

Peserta: Sheera Iskandar & Qazeem Nor

Apa Kasih Toq

Komedian: Didie Alias

Peserta: Kamal Adli & Fizz Fairuz

OMG

Komedian: Sathiya

Peserta : Akim Ahmad & Anas Ridzuan

Spy Kampung

Komedian: Farouk Hussain

Peserta: Zalif Sidek& Syafiq Kyle

Ayoub Lasak

Komedian : Aziz M.Osman

Peserta: Iqram Dinzly & Mikael Andre

 

-Tamat-

 

 

 

 


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *