(HIBURAN) Bintang Mencari Bintang (BMB) – KUMPULAN A MEMBUKA GELANGGANG AHAD INI

KUMPULAN A BMB (2)

Mensasarkan bakat baru yang berkebolehan dalam 2 bidang iaitu sketsa komedi dan nyanyian, program realiti terbaru TV3, Bintang Mencari Bintang (BMB) telah mempamerkan kemampuan anak didik yang terdiri daripada 2 solo dan 10 kumpulan menerusi konsert pengenalannya pada 10 Mac & 17 Mac 2013. Minggu lalu, para penonton telah menyaksikan pembahagian 12 anak didik kepada Kumpulan A dan Kumpulan B sebelum persaingan pertama BMB bermula pada 24 Mac 2013.

Bersiaran secara langsung dari Studio Sri Pentas 2 dari Plaza Alam Sentral Shah Alam pada setiap hari Ahad jam 9.00 – 10.30 malam, BMB membariskan 6 sifu yang bukan calang-calang orangnya dalam industri hiburan iaitu Afdlin Shauki, Harun Salim Bachik, Senario, Sabri Yunus, Raja Azura dan Faizal Ismail.

Setiap Sifu akan mempunyai dua anak didik yang bertanding dalam Kumpulan A dan Kumpulan B. Anak didik akan bersaing selama 4 minggu dalam pusingan pertama mengikut kumpulan masing-masing. 3 anak didik yang mendapat markah terendah dari setiap kumpulan akan disingkirkan. 6 anak didik yang berjaya ke pusingan seterusnya kemudian akan berentap di pusingan kedua, separuh akhir dan konsert akhir untuk merangkul gelaran juara serta membawa pulang hadiah utama berupa wang tunai RM200,000.

Kumpulan A terdiri daripada BOWL (Afdlin Shauki), ACHEY (Harun Salim Bachik), TOCAI (Senario), TAPAW (Faizal Ismail), BIG TOO (Sabri Yunus) dan KELAWAK (Raja Azura) manakala Kumpulan B pula membariskan AWOK (Raja Azura), BOCIK (Afdlin Shauki), XOXO (Harun Salim Bachik), GEGAU (Senario), TITAN (Sabri Yunus) dan AJO (Faizal Ismail).

Malam ini, BOWL, ACHEY, TOCAI, TAPAW, BIG TOO dan KELAWAK akan membuka gelanggang BMB dengan mempersembahkan sebuah sketsa komedi selama 3 minit dan sebuah lagu selama 2 minit. Tampil sebagai peserta yang membuka tirai pada malam ini, TAPAW (Faizal Ismail) akan bersketsa dan menyampaikan lagu ‘Teman Pengganti’. Selepas itu, TOCAI (Senario) akan membuat persembahan mereka yang berkonsep ‘Cari Jodoh’. ACHEY (Harun Salim Bachik) pula mengambil alih pentas dengan sketsa komedi secara solo dan menyampaikan lagu, ‘Kau Pergi Tanpa Pesan’.

Pentas BMB dihangatkan lagi dengan gelagat lucu KELAWAK (Raja Azura) dalam persembahan sketsa komedi dan nyanyian lagu ‘Alhamdulillah’. Kumpulan BIG TOO (Sabri Yunus) pula bakal menggegarkan studio Sri Pentas 2 dengan konsep persembahan menarik dan lagu ‘Hi Ubat’.

Sifu BOWL, Afdlin Shauki yang terpaksa ‘meninggalkan’ anak didiknya selama 2 minggu kerana menunaikan umrah telah digantikan dengan Johan. Apakah persiapan Johan untuk BOWL? Mampukah Johan mengenali kemampuan dan mewujudkan keserasian bersama BOWL dan juga BOCIK yang akan bertanding pada minggu hadapan? Sama-sama kami saksikan persembahan BOWL pada malam ini dengan sketsa komedi mereka dan lagu hindi  ‘Aankein Hkuli’.

Menurut Penerbit Eksekutif Bintang Mencari Bintang, Muhamad Sufian Isa, “Bagi pihak TV3 dan produksi, saya bersyukur apabila program realiti Bintang Mencari Bintang (BMB) telah menerima maklum balas yang positif dari kalangan penonton dengan catatan jumlah penonton sebanyak 2.3 juta orang secara purata dari episod pertama. Masih terlalu awal bagi kami untuk menilai kemampuan sebenar 12 anak didik yang bertanding kerana perjalanan mereka baru bermula di Bintang Mencari Bintang (BMB). Kami berharap anak-anak didik tidak mensia-siakan usaha dan persiapan yang disediakan oleh sifu-sifu mereka untuk terus mencabar diri sendiri dalam meraih markah yang tinggi supaya tidak akan tersingkir pada pusingan yang keempat nanti.”

Sepanjang 15 episod, BMB menampilkan Adibah Noor sebagai pengacara program. Minggu ni, AG Hot FM akan menggantikan Adibah Noor sebagai pengacara BMB. Selain itu, BMB turut menampilkan nama besar di dalam industri tanah air, ikon yang cukup berpengalaman dan sememangnya ‘otai’ di dalam bidang hiburan iaitu Fauziah Ahmad Daud dan A.R. Badul sebagai juri tetap untuk program ini. Minggu ini, Ajai tampil sebagai juri jemputan untuk menilai aspek nyanyian para anak didik.

Untuk musim pertama ini, format permarkahan dibahagikan kepada 3 bahagian iaitu 50% daripada juri profesional, 30% melalui undian SMS dan 20% daripada juri awam yang terdiri dari kalangan pelajar seni persembahan, wartawan, golongan semi-profesional dalam industri sketsa komedi dan nyanyian. Juara BMB akan membawa pulang hadiah utama berupa wang tunai RM200,000.

Sementara itu, penonton berpeluang untuk mengenali dengan lebih dekat kesemua anak didik BMB menerusi KOMIK BMB yang disiarkan selama 30 minit pada setiap hari Ahad jam 5.00 petang. Program yang dihoskan oleh pelakon Taiyuddin Bakar atau lebih mesra dengan panggilan Tai ini juga akan membawa penonton melihat gelagat anak didik serta perkara-perkara yang bakal terjadi ketika mereka menghadiri kelas latihan dan juga perkara-perkara yang berlaku semasa mereka membuat persiapan untuk berentap di pentas BMB. Selain itu, penonton juga boleh mengikuti perkembangan para anak didik BMB menerusi program 2 minit, BLOG BMB setiap hari Isnin hingga Jumaat jam 10.00 pagi dan 1.30 pagi bermula bulan April 2013

Ikuti program BMB yang diterajui oleh Penerbit Eksekutif, Muhamad Sufian Isa pada setiap hari Ahad jam 9.00 hingga 10.30 malam. Untuk mendapatkan maklumat dan perkembangan terkini tentang BMB, penonton boleh melayari laman sesawang rasmi BMB di www.tv3.com.my/bintang serta laman sosial Facebook & Twitter TV3Malaysia. Pengguna laman sosial Twitter boleh menggunakan ‘hash tag’ (#bintangTV3) untuk menghangatkan lagi bahang BMB!

 

 

 

Carta kedudukan markah anak didik BMB ini:

 

Sifu & Anak Didik

Konsert 1

Konsert 2

Konsert 3

Konsert 4

Markah Terkumpul

Kumpulan A

BOWL (Afdlin Shauki)

ACHEY (Harun Salim Bachik)

TOCAI (Senario)

TAPAW (Faizal Ismail)

BIG TOO (Sabri Yunus)

KELAWAK (Raja Azura)

 

36

75

52

57

52

40

       

 

Sifu & Anak Didik

Konsert 1

Konsert 2

Konsert 3

Konsert 4

Markah Terkumpul

Kumpulan B

AWOK (Raja Azura)

BOCIK (Afdlin Shauki)

XOXO (Harun Salim Bachik)

GEGAU (Senario)

TITAN (Sabri Yunus)

AJO (Faizal Ismail).

 

 

 

 

     

 

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *