(HIBURAN) ‘Bisa Pertama’  Bukan sekadar lagu tapi ianya permulaan pada sebuah kehidupan Izzmad Harun

Alhamdulillah …..syukur ke hadrat ALLAH akhirnya penantian saya selama 22 tahun untuk melihat “BISA PERTAMA” dizahirkan dalam bentuk rakaman menjadi kenyataan. Setinggi-tinggi terima kasih kepada penawar “BlSA PERTAMA”, iaitu Cinta Hati dan isteri saya sekarang, Rodziah Dochik serta para sahabat taulan sayaa di zaman persekolahan lagi, yang menyokong penuh usaha saya yang bermula pada tahun 1996 hinggi kini terhasil sepenuhnya lagu ini nyanyian Izzmad Harun.

Izzmad Harun, 24 tahun, penyanyi dan pelakon muda kelahiran Teluk lntan, Perak Darul Ridzuan merasa amat teruja kerana telah menjadi pilihan komposer dan penulis lirik lagu “BISA PERTAMA”, Izzmad Harun amat berterima kasih serta bersyukur ke hadrat illahi dan Abang Bayeng Black di atas peluang dan kepercayaan yang diberikan untuk menyanyikan lagu #masterpiece ini.

“BISA PERTAMA” yang saya anggap sebagai satu (1) luahan rasa yang cukup hebat dari Izzmad Harun dan Abang Bayeng Black yakin di atas pilihannya kerana suara Izzmad Harun amat bersesuaian dengan jiwa dan melodi untuk melantunkan lagu ini. Juga jutaan terima kasih kepada Encik Hadi Hassan dan Puan Jasmine Looi dari Fat Cat Pro Sound Studio kerana memberikan sepenuh jiwa pada gubahan muzik lagu ini. Ucapan jutaan terima kasih kepada Life Records Sdn Bhd dan semua yang menyokong dan mengikuti perjalanan projek ini. Saya amat menghargai sokongan dan semangat dari anda semua ujar Abang Bayeng Black

Kebanyakkan lagu-lagu nyanyian Izzmad Harun dipilih sebagai lagu runut bunyi (original sound track) untuk drama rantaian dan telemovie di TV3 dan TV9. Izzmad Harun, sebelum ini juga telah menghasilkan lebih dari 8 buah lagu seperti Sahabatku, lnilah Cinta, Aiziah, Saat lni, Bulan Bintang, Selalu Di Jiwa, Nilai Kasih. Baju Raya Eksklusif (Lagu Raya), Saat Kau Jauh dan terkini ‘BISA PERTAMA”.

Selain menyanyi, lzzmad Harun juga mengasah bakatnya di dalam bidang lakonan sebagai cabang seninya yang kedua supaya boleh bergerak selari di dalam karier seninya. Di samping itu, Izzmad Harun juga sering mengikuti kelas vokal dan muzik serta mendalami ilmu pengarahan dan suntingan (kerja-kerja di belakang takbir) di kala ada masa yang terluang. Bagi Izzmad Harun menimba ilmu di dalam bldang seni yang tiada batasan dan harus ditimba setiap masa atau dl mana saja.

Sekalung penghargaan buat semua penaja yang terlibat seperti “Ayam Golek Baling” , “AGOBA”, “Adonys Magical”, “lBlS Kuala Lumpur City Centre” , “Grapichtech”, “CPG”, “Fat Cat Studio“, ” sincerity Australian Cosmeceuticals”, ”LanBaharin”, “In House Salon”, “Marina Island Resort”, “Homade Kuih Traditional”. “Jajan Borong”, “The Goodies House“, ‘Cheenta Femes Crunchy” dan ”Petal Florist Sungai Buluh”.

Lirik: Bisa Pertama》

Ku bagaikan tak percaya
Tutur mu menikam sukma
Sebak dada pedihnya jiwa
Engkau berdusta. ..

Kau padamkan
Obor cinta
Terasa gelap dunia
Di manakah sumpah dan setia
Sehati sejiwa. .. aaaaaaa. ….

*Tiada pernah aku menduga
Air mata jatuh tak terasa
Sekian lama kita bercinta
Engkau berubah akhirnya

Ku tahu cinta tak direstu.
Tapi mengapa harus begitu
Tergamaknya dikau berlalu
Aku dalam sendu

Solo

Ulang *

Pertemuan …
Perpisahan ..
Perjalanan kehidupan
Kan terasa..selamanya
Bisa yang pertama

Komposer: Bayeng Black
Penulis Lirik: Bayeng Black
Susunan Muzik: Hadi Hassan
Suara Koir: J.Looi, lanzfaris Mohd Tahir, Bayeng Black

Coretan Hati Izzmad Harun》
Assalammualaikum wbt ,syukur Alhamdulillah ke hadrat lllahi dengan izin Allah swt, lahirlah single #masterpiece yang paling teristimewa berkonsepkan ‘balada’ berjudul “BISA PERTAMA”.

Demi merealisasikan single ini, sokongan padu dari keluarga tercinta yang menjadi tulang belakang selamanya Ayah Harun dan Mama Ziah, Kak Hazira, Abang Haziral dan Kak Desi, Adik Hazwana, Baby Merah Shida, Syazwan, Abang Bayeng Black dan Kak Gee sekeluarga, Abang Hadi Hassan dan Kak Jasmine serta warga kerja Fat Cat Pro Sound Studios, Ayahanda Jebat dan keluarga SMG WSW294, Abang Akim, Abang Amas, Angah.

Jutaan terima kasih diucapkan kepada pengurus saya, Abang lanzfans yang banyak membantu dari bermulanya Izz berada di dalam industry hingga kini. Tidak dilupakan warga ketua Life Records Sdn Bhd Pak Osman, Kak Rina, Kak Sariah, Sarah dan bro lkhmal.

Teristimewa buat para #Sahabat media cetak, online dan elektronik. penyampai radio, WHAM serta mereka yang sentiasa menyokong dan membantu lzz selama ini.

Akhir kata dari’ lzz “Kehidupan ini dipenuhi sejuta macam kemanisantetapi untuk mencapainya perlukan jutaan sikap pengorbanan dari pelbagai segi kerana kemanisan itu tidak akan datang dengan sendiri kerna Pertemuaan, Perpisahan …Perjalanan Kehidupan

#lzzmadHarunEmpire #SayangSemua

Life Records / BR BayengResources / IzzmadHarun Empire

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *