(HIBURAN) BLACK, HAZAMA, AKIM & TOMOK MENJADI MENTOR  – Program realiti popular Mentor Milenia kembali mencari bakat-bakat baharu!

 black-tomok-encik-muhamad-sufian-che-isa-penerbit-eksekutif-dan-akim

Petaling Jaya, 24 November 2016 – Mentor Milenia kini kembali! Sejak diperkenalkan dengan konsep dan format baharu pada tahun lepas, program realiti Mentor Milenia kini kembali dengan menampilkan Black, Hazama, Akim dan terbaharu Tomok sebagai barisan mentor.

Tertumpu kepada golongan muda dalam lingkungan umur dari 17 hingga 21 tahun, Mentor Milenia bertujuan mencari dan mengasah bakat-bakat baharu untuk menjadi penghibur yang berjaya dan berkemampuan melakar nama mereka di dunia seni.

Menurut Pengurus Hiburan Primeworks Studios merangkap penerbit eksekutif Mentor Milenia, Muhamad Sufian Isa, “Program realiti Mentor Milenia yang sudah sebati dengan TV3 kembali untuk mencungkil bakat anak-anak muda dalam bidang nyanyian. Mentor Milenia masih lagi mengekalkan format yang sama dengan menampilkan empat orang mentor. Musim baharu ini menyaksikan Tomok tersenarai sebagai mentor di samping mengekalkan Black, Hazama dan Akim. Pemilihan Tomok dibuat berdasarkan pengalaman beliau yang memulakan kerjaya nyanyian seawal usia 15 tahun, dan Juara One In A Million musim ketiga ini juga pernah menjadi coach dimana kumpulan bimbingannya telah menjuarai program realiti Pop Krew.”

“Keempat-empat penyanyi ini juga bukanlah nama asing dalam bidang nyanyian, malahan, mereka pernah bertanding di anugerah paling berprestij iaitu Anugerah Juara Lagu (AJL). Oleh itu, saya yakin dengan pengalaman mereka untuk menempuh segala cabaran dalam dunia hiburan sehingga menyebabkan mereka berjaya dalam usia yang muda. Selain itu, saya juga berharap agar mentor-mentor yang dipilih tahun ini dapat menjadi idola dan sumber inspirasi kepada golongan muda yang bercita-cita untuk berjaya seperti mereka,” jelas Sufian lagi.

Protege yang layak memasuki gelanggang Mentor Milenia seharusnya memiliki kriteria yang dicari iaitu berusia antara 17 – 21 tahun, warganegara Malaysia yang memiliki bakat menyanyi berserta vokal mantap dan mempunyai pakej lengkap, berjaya memikat tumpuan Mentor yang menjadi pilihan mereka, menyanyi secara solo, tidak terikat dengan sebarang kontrak dan boleh memberikan sepenuh komitmen terhadap program Mentor Milenia. Peserta yang menghadiri uji bakat mesti membawa kad pengenalan, gambar berukuran pasport atau 3R dan membawa minus one lagu-lagu yang bakal mereka persembahkan untuk penilaian Mentor pilihan mereka.

Bagi para peserta yang berminat untuk menjadi protégé kepada penyanyi idola masing-masing, bolehlah menghadiri ke sesi uji bakat yang akan diadakan seperti berikut:

Tarikh Mentor Lokasi
 

10 & 11 Disember 2016

 

Horizon Hotel

Kota Kinabalu, Sabah

 

17 & 18 Disember 2016 Tomok Theatrette

Sri Pentas, Bandar Utama

24 & 25 Disember 2016 Black
31 Disember 2016 & 1 Januari 2017 Akim
7 & 8 Januari 2017 Hazama

Mentor Milenia bakal menemui penonton TV3 bermula 5 Februari 2017 pada setiap hari Ahad, pukul 9.00 – 11.00 malam dan Jurnal Mentor Milenia juga akan bersiaran pada 12 Februari 2017, setiap Ahad, pukul 6.00 petang.

 

Lebih menarik lagi, mereka yang berminat untuk menyertai sesi ujibakat juga boleh memuat naikkan rakaman video nyanyian di laman sosial Instagram dengan menggunakan hashtag #Mentor<nama mentor pilihan> serta #MentorMilenia. Sebagai contoh, #MentorAkim #MentorMilenia atau #MentorTomok #MentorMilenia. Peserta yang berjaya menambat hati mentor pilihan akan menerima mesej peribadi layak hadir ke sesi ujibakat yang seterusnya.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman web www.tv3.com.my/mentormilenia dan ikuti juga laman sosial Facebook, Twitter, Youtube dan Instagram TV3 iaitu @TV3Malaysia dan gunakan hashtag #MentorMilenia untuk menghangatkan lagi perbualan tentang program ini di laman media sosial. Penonton yang terlepas menyaksikan program ini juga boleh menontonnya melalui laman sesawang tonton di www.tonton.com.my.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *