(HIBURAN) CHALEEDA GILBERT BERCERITA PERIHAL LELAKI PILIHANNYA DALAM SINGLE TERBAHARU ‘PRETTY BOY’

 

Penyanyi muda wanita berbakat besar yang bermula hanya dengan menyanyikan lagu-lagu cover di laman sesawang YouTube dan kini merupakan salah seorang puteri pop di rantau Asia Tenggara yang sedang meningkat naik, Chaleeda Gilbert baru sahaja mengeluarkan single Inggeris keduanya ‘Pretty Boy’ yang dicipta serta diterbitakan oleh penyanyi serta penulis lirik Kuizz Shah dan Bil Musa.

Kini, di usia 17 tahun, Chaleeda bukan lagi baharu di dalam industri hiburan dan pernah menganggotai kumpulan remaja perempuan yang dipanggil Tweenie 90’s di Thailand dan kumpulan tersebut kemudiannya berpecah pada tahun 2015. Ahli-ahli kumpulan tersebut kemudiannya mengambil haluan masing-masing dan bermula dari situlah Chaleeda mula menyanyikan lagu Justin Bieber dan mendapat jutaan penonton di laman YouTubenya.

Setelah kejayaan yang luar biasa dengan single Inggerisnya yang pertama ‘Mind Over Matter’ dengan tontonan melebihi 3.5 juta sejak dilancarkan pada bulan Oktober tahun lalu, Chaleeda kembali dengan buah tangan terbaharu yang diramal bakal menjadi hit.

“Saya sangat gembira dan sangat berterima kasih dengan kejayaan single ‘Mind Over Matter’ kerana penerimaan yang sangat positif dan tidak menjangkakan ia mampu pergi jauh! Saya juga turut berterima kasih terhadap pihak pengurusan saya, Rocketfuel Records kerana tanpa bimbingan serta tunjuk ajar mereka, ini semua tidak mungkin berlaku.” Ujar Chaleeda.

‘Pretty Boy’ mengisahkan tentang cinta sejati yang bukan hanya bersandarkan rupa paras yang kacak bahkan mempunyai maksud yang lebih mendalam,

“Pada zaman sekarang, kita sering dikaburi dengan kecantikan luaran serta stail yang menarik dan sering lupa apa yang lebih penting – iaitu hati seseorang. Jika kita mempunyai hati yang ‘cantik’ ia akan terpancar dengan sendirinya dan bagi saya itu lebih berharga dan lebih berkekalan.”

Chaleeda yang meminati artis antarabangsa seperti Drake, Rihanna, August Alsina dan Melanie Martinez mempunyai pandangan tersendiri mengenai karier nyanyian beliau,

“Membuat persembahan solo di atas pentas membuatkan saya berasa lebih dekat dengan cita-cita saya iaitu mengadakan jelajah dunia pada satu hari nanti, walaupun begitu, saya tetap berasa gementar setiap berada di pentas, tetapi saya sukakannya. Saya beritahu diri sendiri semuanya pasti ok dan apabila berada di depan peminat, saya tahu tempatnya di sini dan mempunyai tanggungjawab sebagai seorang penyanyi dan pemghibur.”

Menurut Adam Lobo, Ketua Label MuzikRocketfuel Records,

“Chaleeda merupakan bintang muda berpengalaman yang sedang meningkat naik serta mempunyai pakej yang lengkap sebagai seorang penyanyi. ‘Pretty Boy’ merupakan kesinambungan kepada single terdahulu ‘Mind Over Matter’ yang diterbitkan dalam Bahasa Inggeris dan memperkenalkan Chaleeda bukan sahaja kepada Asia Tenggara bahkan United Kingdom. Dalam jangka masa pendek sahaja, Chaleeda telah diketengahkan sebagai MTV Asia’s Spotlight pada bulan Februari dan ‘Mind Over Matter’ kini berada di carta Music Week UK Commercial Pop Club Play.

 

Kami percaya single ini mampu menaikkan lagi karier Chaleeda ke peringkat seterusnya kerana kejayaan beliau sebelumnya yang begitu memberangsangkan.”

 

Lagu ‘Pretty Boy’ boleh dimuat turun di iTunes dan dijadikan sebagai panggilan nada dering menerusi semua syarikat telekomunikasi tempatan serta boleh didengari melalui penstriman atas talian seperti Raku, Spotify, Joox dan Apple Music. Video lirik dan muzik lagu ‘Pretty Boy’ juga boleh di tonton di saluran Youtube Rocketfuel Network.

-TAMAT-

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *