(HIBURAN) ” Cinta Jangan Pergi “drama bersiri terbaru di TV9

IMG_7144crop

Drama bersiri Cinta Jangan Pergi (CJP) arahan Kabir Bhatia  mengisahkan perjanjian manis dua kekasih sehidup semati namun siapa sangka dalam sekelip mata, takdir merubah segalanya. Lea Soraya (Tiz Zaqyah) dan Khalil (Remy Ishak) dua insan yang tidak pernah bertemu mula menjalin cinta secara tidak sengaja dalam perjalanan ke Paris. Takdir bagaikan sengaja terus menemukan mereka apabila sekali lagi mereka ke destinasi yang sama untuk menjelajah ke seluruh Eropah bersama. Kehadiran Khalil pada permulaannya tidak disenangi oleh lea, dan akhirnya cinta mereka berputik. Namun siapa sangka dalam sekelip mata segala yang dirancang berubah tanpa diduga.  Apa yang terjadi antara mereka ? Nantikan lakonan Remy Ishak, Tiz Zaqyah,Nadiya Nisaa, Josiah Hogan, Bil Azali, Esma Daniel, Ramona Zam Zam, Aleza Shadan dan Kartina Ayob di dalam variasi drama 26 episod ini bermula 6 April nanti, setiap sabtu dan ahad, hanya di TV9!

IMG_7135

IMG_7124

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *