(HIBURAN) ”CITARASA PEREMPUAN” – QASRI

QASRI_COVERgmo

Perjalanan hidup yang penuh berliku sedikit pun tidak pernah mematahkan semangat anak muda yang bernama Qasri untuk terus impiannya.  Minatnya yang menebal untuk berkecimpung dalam bidang seni tetap diteruskan biarpun percubaannya yang pertama kali tidak seperti yang diinginkan, namun dia tetap tidak berputus asa.

Pada tahun 2012, ketika ramai mencuba nasib mengetengahkan bakat nyanyian mereka dengan menyertai pelbagai rancangan hiburan realiti, Qasri juga tidak terkecuali. Qasri mencuba nasib memberanikan diri untuk menyertai MENTOR 5 di bawah mentor Edry Abdul Halim. Qasri tidak terpilih tetapi dia tetap tidak berputus asa, di mana dia secara terbuka memberitahu Edry sewaktu rakaman sedang dilakukan yang sekiranya tidak terpilih, salah satu impiannya adalah untuk berkerja di  KRU Music sebagai `mat despatch’ pun dia sanggup asalkan diberi peluang bekerja di bawah KRU. Sikapnya yang selamba dan ikhlas telah menarik minat pihak pengurusan KRU Music untuk melaksanakan impiannya bekerja sebagai `mat despatch’.

Kerjaya Qasri di KRU Music bermula sebagai `mat despatch’, kemudian Qasri dipindahkan ke bahagian produksi di mana pihak KRU Studios mendapati dia selain daripada menjalankan tugas-tugas pembantu produksi Qasri juga berkebolehan untuk berlakon. Lakonan pertama Qasri bermula sebagai pelakon tambahan/ extra dalam filem `Chikaro’ pada tahun 2012. Pada tahun 2013, Qasri diberikan watak yang lebih mencabar dalam filem `Hantu Tok Mudim’ membawakan watak `Kunyit’ yang merupakan pembantu kepada `Lebai Kulup’ lakokan Soffi Jikan. Terbaru Qasri bakal muncul dalam filem `Mat Tudung’ terbitan Showbiz Productions yang bergandingan berlakon bersama pelakon popular Fizz Fairuz dan Izzue Islam. Filem `Mat Tudung’ bakal ditayangkan pada bulan Ogos 2014.

Cinta pertama Qasri adalah bidang nyanyian, di mana Qasri yang pernah memiliki album pada tahun 2002, yang bertajuk `Menterai Janji’ antara lagu dalam album tersebut adalah lagu  `Mimpi Di Patuk Ular’. Ketika pihak KRU Music sedang mencari penyanyi untuk menyampaikan lagu ’Citarasa Perempuan’ yang merupakan lagu tema filem `Mat Tudung’, kami mendapat Qasri adalah penyanyi yang sesuai di mana filem tersebut menceritakan tentang kehidupan seorang mat motor yang begitu dekat dengan dirinya.

`Citarasa Perempuan’ ciptaan komposer Edry Abdul Halim dan dengan penyampaian tersendiri Qasri diharapkan akan  menwarnakan lagi industri muzik tanahair.

Pada 19hb februari 2014, lagu `Citarasa Perempuan’ telah dimuat-naikkan secara rasmi di rangkaian `You Tube’ KRU Music. Lagu telah dipasarkan melalui i-Tunes dan nada deringnya melalui syarikat-syarikat telekomunikasi tempatan sedang giat dipromosi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *