(HIBURAN) DEBARAN ANUGERAH JUARA LAGU 31 BERMULA

 group-foto

Petaling Jaya, 1 November 2016 – Anugerah muzik berprestij, Anugerah Juara Lagu (AJL) bakal kembali buat kali ke-31. Namun 12 buah lagu finalis belum diketahui kerana Muzik Muzik Separuh Akhir 31 hanya akan bermula pada 4 dan 11 November ini dan bersiaran langsung dari Sri Pentas 2, Shah Alam tepat jam 9 malam. 

mereka-yang-bertanding-pada-4-novMenurut Cik Sherina Nordin, Pengurus Besar Kumpulan, Kumpulan Jenama dan Rancangan TV3 & TV9, “Muzik Muzik masih relevan dan mendapat sokongan padu dari para pengkarya seni tanah air. Kami bukan sahaja menyokong para pemuzik ‘mainstream’ malah juga mengetengahkan para pemuzik ‘underground’ serta mereka yang berkarya menggunakan medium youtube dan media sosial lain.  Konsep Showcase Muzik Muzik yang baru diperkenalkan menerusi program Muzik Muzik edisi tahun ini telah mendapat sambutan yang sangat memberangsangkan kerana memberi jalan pintas kepada 5 juara Showcase Muzik Muzik mara secara automatik ke peringkat separuh akhir.”

13-lagu-yang-bertanding-pada-11-novMuzik Muzik merupakan sebuah program carta bagi lagu-lagu terbaik sepanjang tahun bagi melayakkan hasil-hasil muzik itu ke Anugerah Juara Lagu. 30 buah lagu terbaik telah dipilih melalui undian penonton untuk bertanding dalam Muzik Muzik separuh akhir ini. Usaha ini telah dipermudahkan semenjak pengenalan Showcase Muzik Muzik pada bulan Mac lalu. Showcase Muzik Muzik ini merupakan jalan pintas untuk mara ke Muzik Muzik Separuh Akhir 31 yang berlangsung pada hujung bulan Mac, April, Mei, Ogos, dan September.

Lagu-lagu yang telah berjaya melalui jalan pintas tersebut adalah:

  1. Darah Muda – Bunkface (Mac)
  2. Hidup Dalam Mati – Syamel (April)
  3. Obses – Akim & The Majistret (Mei)
  4. Sudah Ku Tahu – Projector Band (Ogos)
  5. Hang Pi Mana – Khalifah (September)

Lagu Darah Muda ciptaan sepenuhnya oleh Sam Bunkface, nyanyian Kumpulan Bunkface telah menarik diri atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan dan digantikan dengan lagu Demi Cinta ciptaan Mohd Yasin & Ezad Lazim, lirik oleh Iman Imran nyanyian Ezad Lazim.

Dikemudikan oleh Fizie Hot FM dan Fara Fauzana, Muzik Muzik Separuh Akhir 31 ini akan bersiaran secara langsung pada 4 dan 11 November 2016 dari Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam. Penonton juga dapat menyaksikan persembahan istimewa daripada Amelia (Ratu Dangdut Malaysia), Haiza dan Sarah Fazny pada 11 November 2016 nanti.

Para peminat muzik tanah air dialu-alukan untuk hadir mengambil tiket percuma di kaunter Polis Bantuan Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral Shah Alam pada 3 dan 10 November 2016.

Muzik Muzik Separuh Akhir 31 dikendalikan oleh Penerbit Eksekutif Nurhul Huda Hj. Khalid dan penerbitnya, Zamzuri Ayau Zaini. Muzik Muzik Separuh Akhir 31 turut disokong oleh Geng Radio iaitu Hot FM dan Kool FM serta Geng Digital tonton.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman web www.tv3.com.my dan ikuti juga laman sosial Facebook, Twitter, Instagram dan youtube TV3 iaitu @TV3Malaysia. Gunakan #SFMM31 untuk menghangatkan lagi perbualan dan sebarang komunikasi di laman sosial berkaitan Muzik Muzik Separuh Akhir 31.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *