(HIBURAN) DEBARAN PENGUMUMAN 10 LAGU KEDUA YANG BAKAL BERENTAP DI SEPARUH AKHIR MUZIK MUZIK 36 

Spread the love

Petaling Jaya, 28 November 2021 – Muzik Muzik, sebuah program variasi yang memaparkan carta mingguan lagu-lagu paling popular di Malaysia bakal memulakan pusingan separuh akhir untuk edisi yang ke 36 pada 31 Disember 2021 dan 1 Januari 2022. Secara keseluruhan, 30 buah lagu Muzik Muzik 36 bakal bertanding di pusingan separuh akhir. 

Hari ini, peminat muzik tanah air bakal mengetahui 10 buah lagu lagi yang tersenarai ke pusingan separuh akhir. Suasana studio turut dimeriahkan dengan artis jemputan iaitu MK K-Clique dan Pasya. Bersama – sama dengan hos, Alif Satar dan Sissy Imann, senarai 10 lagu yang kedua diumumkan menerusi siaran langsung program Muzik Muzik 36. 

Berikut ialah SENARAI 10 LAGU KEDUA MUZIK MUZIK 36 YANG BERJAYA MARA KE SEPARUH AKHIR:

LAGU PENYANYI KOMPOSER PENULIS LIRIK
1 SEPI AINA ABDUL AINA ABDUL AINA ABDUL & WAN ZAKARIA
2 TETAP AKU CINTA ARA JOHARI AMY BONG, NAHRUF & MFMF AMY BONG & ARA JOHARI
3 CINTA MARSHA MILAN BUNGA CANTIK & HANG NADIM HANG NADIM
4 CINTA KHAYALAN WANY HASRITA BERLIN TOKYO ANGKASA
5 DURJA KHAI BAHAR IQIE HUGH, OMAR K & KHAI BAHAR IQIE HUGH,OMAR K & KHAI BAHAR
6 PELUKAN ANGKASA SOG X SHILA AMZAH RAJA NAZRIN SHAH FAZLEENA HISHAMUDDIN
7 KARMA KAKA AZRAFF & JAZ HAYAT FAROUK ROMAN AISHAH RETNO
8 TANPA RELA MISHA OMAR MISHA OMAR & SZE WAN MISHA OMAR, SLEN FADZIL & ZUL HUSNI
9 AEWO SHIHA ZIKIR FT NOKI EZRA KONG EZRA KONG & NOKI
10 GOODBYE HELLO SYAMEL & ERNIE ZAKRI ERNIE ZAKRI, SYAMEL, FAIZAL TAHIR & MIKE CHAN ERNIE ZAKRI, SYAMEL, FAIZAL TAHIR & MIKE CHAN

Teruskan menonton Muzik Muzik 36 pada 5 Disember 2021 untuk mengetahui 10 lagu terakhir yang bakal bertanding di pusingan separuh akhir nanti. 

Untuk maklumat lanjut dan perkembangan terkini tentang program TV3, layari www.xtra.com.my dan ikuti laman media sosial rasmi Facebook, Instagram & Twitter di @TV3Malaysia 


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *