(HIBURAN) ‘DIA DIA DIA’ BAWA FATIN KE MALAYSIA

ALG_3182

Fatin Shidqia Lubis, bintang kelahiran Jakarta, Indonesia mula menempa nama dalam bidang nyanyian setelah menjuarai program TV realiti pencarian bakat, The X Factor Indonesia musim pertama pada Mei 2013. Lebih mesra dengan panggilan Fatin Shidqia atau Fatin, beliau bukan sahaja mempunyai bakat nyanyian yang mengagumkan, malah turut menonjol dalam bidang lakonan.

Sebagai juara The X Factor Indonesia musim pertama, Fatin telah memenangi hadiah sebanyak 1 bilion Rupiah serta kontrak rakaman bersama Sony Music Entertainment Indonesia.

Single pertama ‘Aku Memilih Setia’ dan ‘Dia Dia Dia’ di dalam album ‘Fatin : For You’ mendapat sambutan luarbiasa sejurus dilancarkan dan sering diputarkan di stesen-stesen radio serta TV serta berjaya menduduki tempat pertama di carta iTunes Indonesia.

ALG_3220

Juara X Factor Indonesia musim pertama, Fatin Shidqia Lubis atau lebih mesra dengan panggilan Fatin terbang ke Malaysia untuk promosi album Fatin : For You dan single ‘Dia Dia Dia’.  Single ini merupakan single kedua selepas ‘Aku Memilih Setia’ yang telah didendangkan secara langsung oleh Fatin di program Planet Gempak Ola Bola pada 27 April di perkarangan Stadium Nasional Bukit Jalil.

Single ‘Dia Dia Dia’ berkisar tentang perasaan seorang gadis yang hampa dan sedih apabila kekasihnya memilih jalan untuk memutuskan perhubungan mereka. Walaupun masih muda, Fatin berjaya menghayati bait-bait lirik lagu ini.

Album Fatin : For You telah dilancarkan pada 11 November 2013 dan turut dimuatkan dalam pakej bersama KFC Indonesia.

Kini, para peminat Fatin atau dikenali sebagai FATINISTIC boleh turut serta menyaksikan muzik video ‘Dia Dia Dia’ di laman Youtube – FatinVEVO yang sudah hampir mencecah 1.5 juta tontonan!

Sony Music Malaysia berbesar hati mengalu – alukan Aloft Kuala Lumpur Sentral sebagai penaja rasmi penginapan, lokasi sidang media dan showcase #FatinForYou dan disokong oleh Suria FM sebagai stesen radio rasmi.

Jangan lupa ikuti FATIN di laman – laman sosial berikut :-

            : https://www.facebook.com/FatinShidqiaLubis

            : https://twitter.com/FatinSL

            : http://instagram.com/fatin30

: http://www.youtube.com/user/FatinVEVO

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *