(HIBURAN) Drama Adaptasi Novel Terbaru ” Jodoh Itu Milik Kita ” di Astro

IMG_8295

ASTRO sekali lagi bakal meneruskan legasi drama bersiri terhebat yang diadaptasi dari novel menerusi MUSTIKA HD (134). Drama bersiri terbaru  yang bakal menjadi taruhan iaitu “ Jodoh Itu Milik Kita “  bakal menemui para penonton pada setiap hari Isnin hingga Rabu, Jam 10.00 malam bermula pada 19 Ogos 2013.

IMG_8286

Drama terbitan PENA CREATIVE PICTURE SDN BHD ini di bawah arahan Jamal Khan bakal bersiaran selama 40 episod. Para penonton bakal  dibawa menghayati kisah keluarga yang diadaptasi dari novel popular karya  Sara Aisha yang memaparkan konflik dalaman seorang suami yang diterajui pelakon Farid Kamil sebagai Aariz Danial dan Tiz Zaqyah sebagai Dahlia dan dibantu oleh barisan pelakon hebat lain seperti Nabila Huda (Alya), Syazwan Zulkifly (Syafiq), Ziela Jalil, Haeryanto, Keith Foo, Zul Ariffin, Aishah Illias, Zain Saidin, Lana Nordin dan ramai lagi.

jodoh milik kitasmall

Sinopsis Dari Novel Jodoh Itu Milik Kita:

Jodoh Itu Milik Kita kisah keluarga yang memaparkan konflik dalaman seorang suami. Antara kasih seorang abang dan kasih sebagai seorang suami. Aariz terpaksa menawarkan dirinya tampil di saat-saat akhir mengganti tempat adiknya yang lari pada hari perkahwinan adiknya Syafiq dan Dahlia. Awalnya Dahlia tidak sanggup, tetapi setelah dinasihatkan umi dan ibunya, Dahlia turut akur dengan jodohnya dengan Aaariz. Konflik dalaman berlaku apabila Syafiq, kembali menagih Dahlia dari Aariz, dan Aariz serba salah dengan perasaanya sendiri. Syafiq pula mula memananam jarum di hati Dahlia dengan menyucuk rasa ragu-ragu dengan personaliti Aariz. Ada satu rahsia yang disimpan kemas oleh keluarga Tuan Haikal – bapa angkat Aariz dan sebagai ketua keluarga, Tuan Haikal perlu merungkai segala yang telah kusut disebabkan rahsia tersebut. Apakah Rahsia itu?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *