(HIBURAN) Drama Hit Amerika – The Neighbors di NTV7

 image001

Dalam dunia serba moden kini, kehidupan bermasyarakat semakin kian pudar. Tidak hairan jika jiran sebelah menyebelah saling tidak mengenali atau bertegur sapa di antara satu sama lain. Malah asal-usul, nama dan status sebenar jiran anda sesuatu yang anda tidah pernah ambil kisah. Oleh kerana itu jugalah anda tidak boleh menolak bahawa jangan-jangan anda berjiran dengan makhluk asing. Inilah idea yang dibawa ke kaca televisyen oleh pengarah terkenal, penerbit dan juga penulis skrip lakon layar, Dan Fogelman – yang juga merupakan insan penting di sebalik penghasilan filem seperti Cars, Tangled dan Crazy, stupid Love yang kini membawakan sebuah sitkom komedi hebat dengan konsep menarik, “The Neighbors”,  yang telah menjadi siri hit dengan pantas .

neighbourSMALL

Drama sitkom bersiri 22 episod itu juga mendapat pencalonan anugerah emmy tahun lalu dan kini bakal bersiaran di Saluran Ceria Anda, ntv7 (Saluran 107) bermula 26 Januari, setiap hari Ahad jam 9.30 malam. Melihat kepada hasil kerja Fogelman, para penonton pasti bakal mengingat kembali kisah sitkom popular hebat sebelum ini berjudul “3rd Rock From The Sun” apabila menonton The Neighbors .

Drama sitkom bersiri ini dibintangi Jami Gertz, Lenny Venito, Simon Templeman, Toks Olagundoye, Clara Mamet, Tim Jo, Ian Patrick, Max Charles, dan Isabella Cramp, di mana The Neighbors juga dikatakan memiliki pelakon cilik yang amat berbakat yang turut menjayakan lagi sitkom ini.

Produksi antarabangsa ABC ini mengisahkan Marty Weaver (Lenny Venito) yang baru sahaja membeli sebuah rumah di Hidden hills iaitu rumah komuniti berpagar yang turut memiliki padang golfnya sendiri bagi membahagiakan isterinya, Debbie (Jami Gertz) dan tiga orang anaknya Amber, Max dan Abby (Clara Mamet, Max Charles, Isabella Cramp). Kejiranan Hidden Hills amat ekslusif dan tidak dijual sehingga 10 tahun. Namun keluarga Weaver berasa mereka bertuah kerana berjaya memiliki sebuah unit di situ walaupun pelbagai kisah seterusnya bakal menanti mereka.

Ketika keluarga Weaver berpindah ke kawasan itu, mereka dialu-alukan dengan cara yang pelik oleh jiran-jiran mereka. Kemudian Weaver tersedar bahawa seluruh kejiranan itu didiami makhluk asing yang berasal dari planet “Zabvron” di mana makhluk berjantina lelaki yang menghamilkan anak mereka dan bukan makhluk perempuan dan menangis mengeluarkan cecair hijau melalui telinga dan mendapat nutrisi dengan mata mereka apabila mereka membaca buku.

Digelar sebagai Zabvronians, mereka telah terperangkap di Bumi selama 10 tahun di kawasan tersebut sementara menunggu arahan untuk pulang ke planet mereka. Oleh sebab mereka telah lama mendiami bui mereka terpaksa menyamar sebagai manusia. Mereka juga boleh bertukar rupa ke bentuk asal dengan menepuk tangan mereka di atas kepala masing-masing.

Weaver yang gagal menjual semula rumahnya dalam masa yang singkat terpaksa belajar untuk hidup bersama makhluk-makhluk asing ini yang penug dengan kelakuan aneh yang pastinya membuatkan mereka dalam kacau bilau. Manakala, ketua makhluk asing itu, Larry Bird (Simon Templeman) dan isterinya Jackie Joyner-Kersee (Toks Olagundoye), juga merasakan keluarga weaver amat pelik kerana inilah perhubungan pertama mereka bersama manusia. Namun dalam setiap episode para penonton bakal melihat makhluk asing dan keluarga Weaver akan cuba memahami satu sama lain.

Teruskan bergelak ketawa dengan drama bersiri 22 episod ini dengan durasi 30 minit setiap minggu – The Neighborssetiap hari Ahad, jam 9.30 malam di ntv7 (Saluran 107) bermula 26 Januari 2014 ini.

Untuk maklumat lanjut sila layari laman sesawang rasmi Saluran Ceria Anda, ntv7 di www.ntv7.com.my dan dapatkan perkembangan terkini menerusi laman sosial rasmi ntv7:

Media sosial:

Facebook (Urban – ntv7 │Chinese – ntv7 中文)

Twitter (@ntv7)

Instagram (@ntv7)

Hashtag #ntv7

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *