(HIBURAN) Drama siri slot aksi berjudul ‘Karlos’, inspirasi dari kisah benar di TV3

Tonggak utama KARLOS, Syazwan, Risteena dan Johan

Menyusul selepas drama siri ‘Spy M’, sebuah lagi drama siri slot aksi berjudul ‘Karlos’, inspirasi dari kisah benar. Karya terbaru sutradara Feroz Kader bersama penulis skrip, Sofia J Rhyland ini menampilkan tonggak utama, Johan As’ari, Syazwan Zulkifly, Namron, Sherlie Merlis, dibantu oleh Azhar Sulaiman, Leez Rosli, Elmy Moin, Ika Zulkifli, Nur Risteena dan Jay Iswazir.

Barisan Pelakon dan Pengarah KARLOS

Karlos menelusuri perjalanan hidup seorang remaja bernama Irwan Zaid (Johan As’ari) yang sering dipinggirkan di dalam keluarga terutama oleh bapanya sendiri, Rashid (Namron). Beliau disisihkan sehingga ibunya sendiri iaitu Zai (Sherlie Merlis) tidak mampu melakukan apa-apa. Tanpa wang belanja, Irwan belajar mencuri makanan dari kantin seterusnya membaraikan motorsikal dari dua orang kawan barunya, Joe dan Qiwek.

19

Penduduk di Sentul mula resah dengan kes kehilangan motorsikal dan pada waktu yang sama, Inspektor Mahadhir (Azhar Sulaiman) ditugaskan menyiasat kes tersebut. Selepas sebulan memantau, Mahadhir berjaya menangkap Irwan. Irwan dibicarakan di makhamah dan kemudian ditempatkan di Pusat Pemulihan Akhlak Teluk Panglima. Di sana, Irwan mula mempelajari erti sebenar penderitaan.

One comment on “(HIBURAN) Drama siri slot aksi berjudul ‘Karlos’, inspirasi dari kisah benar di TV3

  1. zaim says:

    ape name kakak irwan ekk

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *