(HIBURAN) Drama Terbaru Saharul Ridzwan “Cinta Sekali Lagi”, Kini Boleh Ditonton Secara Percuma dan Eksklusif di iQIYI

Malaysia, 18 November 2020 – Peningkatan kes COVID-19 lewat hari mungkin membuatkan rakyat Malaysia lebih suka duduk di rumah, satu hikmah di sebalik semua ini, lebih banyak drama menarik yang disajikan untuk rakyat Malaysia. Penonton boleh singgah ke platform iQIYI untuk menonton drama tempatan TV3 ke-empat yang eksklusif di iQIYI , Cinta Sekali Lagi secara percuma. Drama ini  dibintangi oleh Saharul Ridzwan, Nelydia Senrose dan Hannah Delisha.

Dalam drama ni, persaingan adik-beradik dalam memiliki jejaka yang sama menjadi tema utama – Drama ini mengisahkan tentang Amanda (Nelydia Senrose) yang merupakan seorang kakak yang setia melindungi adik perempuannya Amani (Hannah Delisha). Dia tidak pernah terfikir akan jatuh cinta tetapi segalanya berubah ketika dia bertemu Fahad (Saharul Ridzwan) dan mereka berkahwin. Amani sebaliknya terjebak dalam perkahwinan yang tidak bahagia dan mula iri hati dengan kebahagiaan Amanda dan Fahad. Lalu terdetik niat jahat untuk di menggoda Fahad.

Drama ini akan menarik perhatian orang ramai terutamanya kerana ini adalah kemunculan semula Saharul Ridzwan dalam drama perdana sejak 2018, di mana dia melakonkan watak Harris di dalam drama Samarinda Mawar Murni. Cinta Sekali Lagi boleh ditonton secara PERCUMA dan EKSKLUSIF di iQIYI, bermula 4 November lepas dan boleh ditonton melalui aplikasi iQIYI atau www.iQ.com pada jam 8 malam (satu jam selepas slot 7 malam di TV3), Isnin hingga Jumaat, sehingga 14 Disember 2020.

Walaupun penonton mempunyai pilihan untuk menonton drama ini di TV, terdapat beberapa kelebihan besar untuk menonton drama tersebut di iQIYI:

  • Penonton tidak perlu tergesa-gesa untuk menonton di TV pada pukul 7 malam dan dapat menontonnya bila-bila masa sahaja di iQIYI. Ini sangat penting untuk mereka yang sibuk.
  • Terdapat juga sari kata dalam Bahasa Malaysia & Bahasa Inggeris, dan ini sangat berguna terutamanya semasa adegan di mana dialognya sukar untuk didengar.
  • Penonton juga boleh memuat turun episod di luar talian, jadi mereka dapat menontonnya di kemudian hari walaupun tanpa internet.
  • Platform iQIYI boleh didapati di telefon bimbit, komputer riba atau TV pintar. Bagaimana penonton dapat menikmati menonton drama mereka, mereka dimanjakan dengan pilihan!

Bersama dengan drama ini, iQIYI juga memperkenalkan iQIYI: Remix, satu siri “webisode” yang menggabungkan watak-watak popular drama tempatan untuk membantu penontonnya mengenali jenama iQIYI dan penawaran kandungannya dengan lebih baik. “Webisode” tersebut menampilkan watak berbeza seperti yang dipaparkan dalam drama-drama yang tersedia di iQIYI — ini adalah konsep unik di mana watak yang berlainan dari drama perdana tempatan yang berbeza digabungkan dalam “universe” yang sama dan dipaparkan dalam video yang sama.

Dalam webisode pertama ini, yang berjudul “Cawan Siling”, ia menampilkan Laila (Riena Diana) dari Kampung People, Helmi (Syazwan Zulkifly) dari 7 Hari Mencintaiku dan Fahad (Saharul Ridzwan) dari Cinta Sekali Lagi yang terjebak di dalam perbualan yang hangat (namun lucu). Video dimulakan dengan Laila membuat aduan pelanggan kepada Helmi, yang bekerja sebagai khidmat pelanggan di iQIYI dan melaporkan kepada bosnya, Fahad. Helmi kemudian harus menenangkan Laila dan juga memberikan beberapa nasihat berguna mengenai pengucapan dan hubungan cinta. Video ini juga diisi dengan “easter egg” yang menampilkan watak popular lain di dalam drama tempatan iQIYI. Webisode tersebut boleh ditonton di sini.

iQIYI plans to release future episodes of iQIYI:Remix featuring other characters from different series available on its platform on a monthly basis. So if you love Episode 1, follow iQIYI Malaysia’s Youtube and Instagram account in order to catch the future updates on iQIYI Remix.

iQIYI merancang untuk mengeluarkan banyak lagi webisode iQIYI: Remix yang menampilkan watak lain dari drama yang berbeza yang terdapat di platformnya setiap bulan. Oleh itu, jika anda menyukai Episod 1, ikuti akaun Youtube dan Instagram iQIYI Malaysia untuk saksikan banyak lagi video menarik pada masa akan datang!

Gambar dan video akhbar beresolusi tinggi untuk Cinta Sekali Lagi dan iQIYI: Remix boleh dimuat turun di sini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *